Friday, March 18, 2011

Luqman Aqil's 4 Years Birthday Bash

Tanggal 20/01/2011 yang lepas, genaplah usia anakku Luqman Aqil 4 thn. Dah besar dah anak Ummi, dah masuk sekolah pun. Anyway after almost 2 bln, baru aku berkesempatan nak share gambar2 sempena b'day Luqman yang lepas dengan korang semua. Lambat tu bukan apa, bila gambar dari kamera nie ak kena upload ke PC dulu pas tu nak kena resize dulu baru nak boleh upload ke blog. Time consuming.
Untuk b'day adik kali nie, aku buat majlis kat sekolah Luqman, Tadika PASTI Tmn Guar Perahu. Bukan apa, so far x pernah buat majlis sekadar sambut kami anak beranak jer. Since Luqman dah sekolah, dah ramai kawan, seronok jugak kalau buat kat sekolah.

Actually, 18 & 19/01/2011 tu aku kena training kat tempat kerja lama aku, Lumut Power Plant, Segari Perak. 20/01/2011 tu hari ulangtahun kelahiran anak aku Luqman Aqil yang ke 4. So, sure korang dah boleh imagine kan camner ler preparation aku kali nie, hehehe..memang jadi kartun aku.

Habis training,aku ziarah keluarga di kampung jap pastu jam 7.30pm aku shoot balik Penang. Sampai Penang jam 9.30 mlm. masuk jer rumah, bincang2 ngan CMP sudahnya decided nak raikan b'day Luqman sama kawan2nya. Kebetulan, 20/01 tu cuti umum hari Thaipusam. Kami semua cuti, cuma Luqman yg kena sekolah sb dia sekolah PASTI. PASTI cuma declare cuti bila cuti2 yg disambut oleh umat islam jer.

Tanpa buang masa, mandi2 kasi segar sket badan tu...aku terus capai besen, bahan2 masak kek & perkakas2 sewajarnya, mulah lah kelentung kelentang buat projek baking cake aku. Alhamdulillah, 1 1/2 jam kemudian kek choc moist cake seberat 3 kg siap dimasak. Esoknya pagi2 buta, mata pun dok melekat lagi aku dah bangun untuk sessi decorate cake plak. So, jadilah kek seperti di bawah ini.


Ni ler rupa Kek Luqman yang dapat Ummi siapkan...Simple jer. Nasib baik utk kali nie punya b'day pun,Luqman request nak Thomas lagi.. so, sticker cake nie mudah ler sket kerja Ummi. Cerah sket hari aku berkejar ngan CMP ke pekan Penanti gi cari air kotak dan jajan sket utk buat doorgift buat kawan2 Luqman nanti, pas tu beli nugget buat menu tambahan . Pagi tu habis semua kena kerah wat kerja, aku sambung deco kek, CMP ngan anak2 packing doorgift, Bibik goreng nugget dan siap2 kan apa yg nak dibawa jap lagi. Tepat jam 9.45 pg , aku, CMP bibik, Nana & Danish pun bergegas le ke tadika Luqman sb dah janji ngan cikgu utk curi masa rehat diorang , pukul 10 am utk sambut b'day Luqman. Terima kasih cikgu Farisya & Cikgu Nurul !

Jom kita layan gambar2 sepanjang majlis tu ....

Semua dah standby. Kat tadika tu budak 4 thn, 4 org jer..3 perempuan dan dia sorang jer lelaki tp...yang lain2 5 & 6 thn. Tp tengok ler, org patuh, dia ikut suka dia jer nak buat apa...

Sebelum majlis, semua baca doa dulu.. Luqman gak ngan hal dia...orang tadah tangan dia pegang kaki.

Kengkawan pakat kerumun nak tengok kek Thomas Luqman.

Bukan kawan2 jer x sabar nak makan kek Thomas Luqman, Luqman pun dah tak sabar nak potong kek dia. Abang Danish tengok jer..."Ummi nanti Ummi buat kat Angah pulak tau!", InsyaAllah Angah, ada kesempatan Ummi buat kat Angah pulak.

Alhamdulillah, sejak dah masuk sekolah nie...Luqman nampak mudah adjust himself eventhough sebelum nie
dunia dia cuma keluarga dia jer...dia pandai bawa diri.
Salute aku ngan Cikgu2 yang mengasuh dan mengajar di tadika atau pre-school nie...begitu sabar melayan karenah budak2 yang macam2 ragam nie. Bukan senang tau nak tune budak2 nie...kesabaran kena tinggi. Silap haribulan boleh kena hipertensi tu...

Seronok jugak sesekali melayan budak2 nie....

Luqman, tempat budak lelaki kat bawah ler sayang... tp dia peduli apa, dia nak jugak duduk dekat best pren dia tu.. yg tengah gelak sampai tertutup mata tu.. Luqman panggil dia Echah. Luqman kata Echah baik.
Kilp video waktu nak potong kek...
Selamat Hari Ulangtahun yang ke-4 Luqman, Ummi bersyukur dan happy sangat dikurniakn Allah akan Luqman pada Ummi sekeluarga. Ummi, Ayah, Kak Nana dan Abang Danish sayang sangat2 Luqman. Membesar jadi anak yang soleh ye Sayang....

No comments: