Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Hepi... hepi.. hepi...

Hepi la... smlm streamyx dah install kat rumah sewa ummi kat Penang ni. So, senang ler sket Ummi nak access internet, boleh ler Ummi active semula ber 'fb', update blog bahkan macam2 lagi ler. Work from home pun senang sket sb access dah laju sket compared to broadband. Kalau tak, berkukus ler ummi nak memanfaatkan kemudahan internet yg available hari nie sb ummi cukup malas nak cucuk broadband, run Maxis application... byk nor step dia, baik ler ummi tido jer...zzzzzzzzzzzzz.


Ok la. Nanti, perkara pertama ummi nak buat ... ummi nak posting sumer entry2 ummi yg dah lama dok terperuk kat dlm draft tu.. Sebelum tu, kita rilex.. kasi cool down dulu.....


Next week 02~04 April 2012, Ummi akan masuk tempat kerja lama ummi, Lumut Power Plant..ada VDMP training, bolehlah ummi ambil kesempatan melawat teman2 lama Ummi...rindu ummi kat diorang...



Wednesday, November 16, 2011

Sahabat Sejati?


Kali ini Ummi terpanggil utk berkongsi luahan hati Ummi perihal seorang "SAHABAT". Bukan apa, pada zaman cyber nie , apa yang Ummi dapati, nak mencari TEMAN memang mudah tapi nak cari even seorang SAHABAT SEJATI amatlah sukar.

Siapa itu SAHABAT SEJATI dalam erti kata sebenar? Ummi setuju sekali dengan takrif SAHABAT oleh blogger from Indonesia nie.
"Sahabat sejati adalah sahabat yang tidak selalu mendukung atau men-support diri kita, tapi juga akan mengingatkan jika kita melakukan kesalahan.Dia memahami kita, dan mencoba untuk menjaga perasaan kita.Sahabat sejati tak butuh pamrih.Sahabat yang membawa kita pada kebaikan bukan sebaliknya.Dia membantu kita memecahkan masalah.Menolong kita semampunya.Dan mampu membawa kita pada perubahan yang lebih baik." petikan dari blog http://www.doniriadi.com/.

Ataupun, definisikan lirik lagu yg Ummi lampirkan, itulah SAHABAT yang sebenarnya.

Lirik Lagu Padi – Sahabat Selamanya

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Apa pula maksud sahabat dari perspektif Islam?
Sabda Rasulallah SAW:-
Bersahabatlah kamu dengan orang yang keadaannya sentiasa membangkitkanmu dan kata-katanya banyak menyedarkanmu ke jalan Allah swt"

Thanks to the owner of this photo.. Moga Allah merahmatimu selalu.
Itulah sebaik2 seorang SAHABAT SEJATI. Tapi kita harus ingat, untuk mencari SAHABAT kita juga harus cuba membentuk diri kita untuk menjadi seorang SAHABAT buat SAHABAT kita. Barulah persahabatan itu akan terjalin dengan ikhlas dan kekal untuk selamanya.

Dan.... dunia hari ini selalu memperlihatkan sentiasa ada anasir yang cuba merosakkan sesuatu persahabatan, jadi tingkat iman kita dan ikhlaskan niat kita, InsyaAllah Allah akan temukan kita dengan SAHABAT SEJATI akhirnya.
Berhati-hatilah memilih teman, kerana teman boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun bersahabatlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

Tuesday, November 15, 2011

Apalah nak jadi dengan MAS nie....

Now ummi kat KLIA ....flight ummi yang sepatutnya at 7.10pm cancelled. Habis meeting kat HQ di Plaza Sentral tadi around 5.30 pm. Kalut ummi bergegas ke KL Sentral, fetch erl xpress takut lewat sampai ke KLIA.. sampai KLIA tup!tup!...tengok flight status kat screen display, flight cancelled. Tensionnya la hai.....Ummi kena transferred masuk flight 8.20pm.
Letih betul ummi dibuatnya dengan MAS nie... lately almost everytime ummi gi HQ dengan flight, flight balik mesti cancelled. Apa hal nie MAS.. customer dah kurang ker sampai terpaksa cancel flight? Last 2 weeks pun camtu jugak... Ummi usahalah amik flight awal, so that dpt smpi awal kat rumah.. boleh ler rehat sket sb esok nak kena masuk opis balik. Tp nampaknyer....x der maknanyer...

Nak kena tunggu 2 jam 30 minit lagi... mangko ummi dibuatnya. Nak sambung buat kerja otak & badan nie dah rasa letih sangat... so, yg mampu ummi buat skrg nie...lepak kat Asian Cafe, order mee kari + ice lemon tea... RM 17.40..mahal nak mampus tp itulah rege makanan kat KLIA nie... release myself, layan blog sendiri ...
layan blog nie x yah perah2 otak, tulis ajer apa yg terpk di kepala nie. If dok tunggu jer mau boring tahap cipan ummi. X perlah, inilah masanya ummi nk completekan posting ummi yg dah berapa banyak masuk dalam draft jer sb x sempat nak dihabiskan.

Nie le ruper mi kari & ice lemon tea nyer...

Alahai... wifi kat KLIA plak slow sesangat! dah baper kali nak upload gambar x lepas nie...jd hang. Nie sumer nak kasi ummi stress jer...x jadi gak plan nak kasi clear draft folder ummi@#$%^^&*(.... SABAR!!!!!!