Wednesday, November 16, 2011

Sahabat Sejati?


Kali ini Ummi terpanggil utk berkongsi luahan hati Ummi perihal seorang "SAHABAT". Bukan apa, pada zaman cyber nie , apa yang Ummi dapati, nak mencari TEMAN memang mudah tapi nak cari even seorang SAHABAT SEJATI amatlah sukar.

Siapa itu SAHABAT SEJATI dalam erti kata sebenar? Ummi setuju sekali dengan takrif SAHABAT oleh blogger from Indonesia nie.
"Sahabat sejati adalah sahabat yang tidak selalu mendukung atau men-support diri kita, tapi juga akan mengingatkan jika kita melakukan kesalahan.Dia memahami kita, dan mencoba untuk menjaga perasaan kita.Sahabat sejati tak butuh pamrih.Sahabat yang membawa kita pada kebaikan bukan sebaliknya.Dia membantu kita memecahkan masalah.Menolong kita semampunya.Dan mampu membawa kita pada perubahan yang lebih baik." petikan dari blog http://www.doniriadi.com/.

Ataupun, definisikan lirik lagu yg Ummi lampirkan, itulah SAHABAT yang sebenarnya.

Lirik Lagu Padi – Sahabat Selamanya

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Apa pula maksud sahabat dari perspektif Islam?
Sabda Rasulallah SAW:-
Bersahabatlah kamu dengan orang yang keadaannya sentiasa membangkitkanmu dan kata-katanya banyak menyedarkanmu ke jalan Allah swt"

Thanks to the owner of this photo.. Moga Allah merahmatimu selalu.
Itulah sebaik2 seorang SAHABAT SEJATI. Tapi kita harus ingat, untuk mencari SAHABAT kita juga harus cuba membentuk diri kita untuk menjadi seorang SAHABAT buat SAHABAT kita. Barulah persahabatan itu akan terjalin dengan ikhlas dan kekal untuk selamanya.

Dan.... dunia hari ini selalu memperlihatkan sentiasa ada anasir yang cuba merosakkan sesuatu persahabatan, jadi tingkat iman kita dan ikhlaskan niat kita, InsyaAllah Allah akan temukan kita dengan SAHABAT SEJATI akhirnya.
Berhati-hatilah memilih teman, kerana teman boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun bersahabatlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

No comments: