Thursday, December 17, 2009

Generasi Pak Brahim


Pak Brahim tu saper? Itulah abah aku Ibrahim bin Ahmad. Hasil dari ikatan kasih abah dan mak, arwah Hazizah Mohd Yusof, kami 8 beradik telah dilahirkan di muka bumi nie. Dah besar panjang semuanya. Aku nie anak yg ke 4. Yang sulung abang, Mohd Nasir namanya. 2 kakak Maznah (Nyah) & Zurina (Yang). Dianugerahkan pula dengan 4 adik semuanya. Di bawah aku, Mohd Yusri (Atan)... Atan nie panggilan utk anak2 manja emak2 selalunya.....masa tu dia plg kecik masa tu.. so, dialah intan payung arwah mak time tu...... kemudian lahir pulak Mohd Norsyam. Namun, hayat Norsyam bersama kami tak lama, dia pergi meninggalkan kami 3 hari selepas dilahirkan... Al-fatihah buat Allahyarham Mohd Norsyam. Zuriah (Yah) lahir sebagai pengganti dan seterusnya Muhammad Fauzi (Ojie).

Semua sudah berkeluarga kecuali adik Yah & Ojie. Tak lama lagi adik Yah pulak bakal ke jinjang pelamin, tinggal ler Ojie yang masih membujang.
As to date Abah dah ada 20 orang cucu hasil daripada generasi pertamanya..hehehehe.
Sebelum terlupa, tahniah buat Nazirul Asyraf (Abg Ngah) atas kejayan cemerlangnya (5A) dalam UPSR 2009 bebaru nie.. Pada anak2 buah Mak Njang yg lain, Ayun, Dek Na, Azzim & Kak Nani... tingkatkan usaha, target utk cemerlang in the next exam.
Attached salasilah Abah buat masa nie.

Tuesday, December 8, 2009

Siapa di sisi IDASNA?

Aku dan suami.. pada 2 Mei 1998, aku secara rasminya sah menjadi isteri kepada bekas tunangan aku, Syaiful Nizam bin Ahmad, anaknya arwah Siti Salamah bt Md Saleh & Ahmad bin Md Zain.




Alhamdulillah, setakat ini aku dan suami dah dianugerahkan oleh Allah swt dengan 3 orang anak. 2 hero dan 1 heroin.
Diyana, Danish & Aqil



Nana & Aqil
Yang sulung, seorang puteri yg diberi nama Siti Nurfarah Diyana, lahir tanggal 31 Disember 1999. Dia tak mau tunggu millenium year...nak keluar jugak2. Apa yang aku lihat setakat nie sifatnya penyayang, manja, pandai ambil hati orang tapi pemalu orangnya... tapi dgn orang lain ler, dgn ahli keluarga...hehehehe boleh bergegar satu rumah jugak suaranya.

Yang tengah, no 2 ler tu... bermulalah generasi hero aku... Ahmad Syaiful Danish namanya aku beri. Tanggal 16 Oktober 2003 dia selamat dilahirkan. Komen ramai, muka dia sebijik tamplate muka aku... nak buat camner, nak ikut rupa sapa lagi rupa mak dia ler... kan Danish kan? Yg nie masa kecik2 punyalah sopan santun dan berbudi bahasa... maksudnya baik betul la tu. Masuk aje alam pra sekolah... ayoyo, selalu buat aku dan ayahnya pening kepala.. punyalah byk akal dia, kekadang menguji kesabaran aku jugak!
Anyway dia nie lembut hati, ringan tulang .. so, kena pandai psiko ler kalau nak dia tolong kita atau nak cool down dia......

Yang no 3, ini memang "hero". Luqman Aqil namanya, selamat dilahirkan di muka bumi nie pada tanggal 20 Januari 2007. Aku bubuh nama Aqil nie gegara aku minat sangatlah dengan Ustaz Akhhil Hayy masa tu... tp skrg aku dah pangkah Ustaz nie. Ligat, agresif apa lagi nak describe dia... memang letih gak ler nak ikut gelagat dia. Sampai kekadang pening gak kepala aku nak ikut rentak dia... tp aku salute ngan bibik aku, dia steady jer melayan sikecik aku nie. may be sb life dia byk spend ngan anak2 aku so dia dah "immune" dgn kerenah diorang. Tapi from my observation, luqman nie nampak creative, cepat belajar.. dan yg tak tahan tengok gaya dia yg ala2 control macho tu... dia nie fanatik cartoon "Thomas & friends". Sampai saat nie dah tak terkira byk nye set keretapi dah aku beli kat dia.. sb pantang nampak dia nak. CD "Thomas & friend" dah berapa puluh kali dia khatam pun aku tak terbilang. Pagi, petang, malam...setakat nie masih belum jemu.

Itulah serba sedikit pasal "permata hatiku". Aku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi dengan amanah yg diberikanNya pada aku dan suamiku ini.