Monday, February 28, 2011

Asthma oh Asthma!

Assalamualaikum semua. Kali ini, aku nak share tentang penyakit Asthma dengan korang semua. Aku nie kira came from genetic yg ada Asthma. Maka turunlah masalah semput tu sampai ke 2 orang anak aku, 2D...Diyana & Danish. Kesian diorang, maafkan Ummi ye anak2. Ummi tak mampu nak mengelak.

Recently, Danish kena Asthma lagi. Before that, dia batuk non stop...baik, dua tiga hari pas tu batuk balik berlanjutanlah sampai about one month.Musyhkil aku apasal batuk dia tak baik2. Apa lagi mula la aku jadi PI. Siasat punya siasat sudahnya rahsia terbongkar... kat rumah dia pantang habis ler kononnya, kat sekolah rupanya dia bantai minum ais sakan. No wonder la batuk dia x baik2. Kemuncaknya, mid feb bebaru dia kerap penat... nampak dia punya condition getting worst, aku jadi tak sedap hati so bwak ler dia g kid specialist. Check punya check condition dia, belek pi belek mai record lelama, doc ckp dia nie kena Asthma attack balik nie. Sedangkan sebelum nie masuk age 3 years dia nmpk dah recover. Nyesal nyer aku x bwk specialist cepat2, dok ulang klinik biasa jer. So, doc pun kasi ubat, bagi MC 2 hari sb nak kena ulang alik 2 hari nie amik nab utk clear the lung. So, ngan aku2 ler MC nak kena bwk dia ke klinik.


2 days MC utk Danish

Segala macam Ubat

Chamber for kid...utk mudahkan bebudak nie nak gunakan inhaler
So, moral of the story... korang jgn biar anak2 korang batuk berterusan lama2.. if batuk kejap baik kejap tak tu, segera2lah bwk g further check up takut nanti bila lung anak2 dah stuck ngan kahak, dia akan jadi penat aka Asthma. Pada yg tak aware atau kurang knowledge pasal penyakit Asthma nie, nie aku tepek general info penyakit penat nie utk kita share sama2.

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Asma di kalangan kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.



Nie salah satu lagi bentuk Aerochamber for kid.. selalunya utk yg kanak2 kecil sb diorang tak pandai lg nak sedut direct from inhaler. Ni kak Nana punya.

Disebalik musibah atau ujian yg Allah bagi nie, aku nampak juga hikmah disebaliknya. Cer lihat photo di bawah nie. Selalunya pantang silap sikit nak perang tp kali nie manja jer ngan kakak ..x der nak garang2 ngan kakak dah. kakak pun nmpk verycaring kat adik dia. Kakak nie selalu jd mangsa buli adik-adik. Kakak pun selalunya dia yg manja, dah besar panjang tp pantang aku suap adik2 makan, dia mesti tumpang sekaki,. Standardnya, kalau aku suap makan anak2..nasik sebumbun..sb tuk tiga2 sekali .

Kalau cam nie hari2, sejuk perut umi yg mengandungkan korang nie anak2 oi...

Nie waktu g follow up check next week nyer... Adik nie ngekor jer kerjanya. Belakang tu ler kid specialist yang selalunya aku bawa anak2 , KID CARER Children Specialist Centre, Taman Inderawasih, Chai Leng Park dan anak2 pun suka pegi situ. nak tau kenapa? tengok gmbar seterusnya...


Ada mainan ler....and next to the clinic ada KFC. So, setiap kali pergi Umi mesti kena paw.

Projek TARTS!

Salam semua. Nie citer lama yang nak aku kongsi ngan korang semua...alkisah projek tarts aku. Aku nie cukup gemar suka makan tarts. Tau makan jer nak buat tak pandai. Jadi, aku pun terpikir ler benda sedap camni sampai bila nak beli. Tarts ni kira mahal rege nyer.., nak boleh dapat sebiji size kecik pun dah sehinggit lebih..size besar sket cam yg selalu jual kat bakery tu dah RM2++ sebijik. So, if beli kat bakery tu, takat 4 -5 biji jer ler nak boleh beli pun.

Mengenangkan faktor rege dan selera makan yg tinggi ke tarts nie, aku pk2 balik.. aku nak belajar ler buat tarts. Mula ler simpan hasrat nak pi kursus buat tarts. Siap bonus yg dapat dari company aku reserve siap utk peruntukan fee masuk baking classes nie. Tapi, kesian aku..tiap kali ada class, time tu mesti aku tak available..balik kg ler, kena pi meeting/discussion kat HQ ler..bak kata ada ajer lah halangan nyer. Sudahnya, aku terima pakai gak ler pesanan/nasihat kawan satu fondant class aku sebelum nie, " Ala kak, buat tart nie senang jer.. akak tak payah ler buang duit p class, akak belajar sendiri pun InsyaAllah boleh jadi kak. Banyak resepi kat internet boleh try". Terngiang2 lagi suara Noor Ayub kat telinga aku nie...

Maka, dengan ayat itu jugak aku tanam azam... aku kena cuba buat nie. Jadi gitulah ceritanya bermulanya projek tarts aku nie. Masuk internet godek2, jumpa resepi blueberry cheese tart & fruit tartlet. Pi kedai confectionery supplies kasi borong segala bahan yang patut, masuk carefore cari buah2 yang perlu. Esoknya, 30/12/2010 aku pun mula mengorak langkah utk projek aku tu.. Meh kita tengok apa yang dah jadi...


Nilah rupanya tart aku yang terhasil...size besau tu,,,hiks! hiks! Size tart aku nie korang makan sebijik je sure dah kenyang. Tergolek!

Ni ler rupa bluberry cheese tart yang terhasil pada hari tu. Aku ikut resepi Chef Anuar. Belek2 apasal ler cheese tart aku lain dari yg selalu aku makan? Cheese tart aku nie berlubang! Sambil dok buat sambil dok pk apasal ler jadi camtu... belek ler belek bekas blueberyy tu...sudahnya baru ler aku perasan...nak tau pasal apa? orang pakai bluberry filling aku pi pakai blueberry jem...tersilap sambaq rupanya. So, bila panas dia mencair ler, tu yg tarts aku jadi berlubang...hahaha. Apapun, CMP, bibik & anak2 and jiran depan rumah cakap tarts aku sedap cuma lepas nie make sure jangan silap beli beluberry lagi, Apapun, komen yang aku dapat - crust tip top, cheese...yummy & creamy. Pesan jiran, Abg Lan & Kak Ida pas nie jgn lupa kasi diorang jd food tester lagi.

Nie plak rupa fruits tartlet, favourite CMP.

Ni la banyak nyer tarts yg siap. Nie gara2 bibik aku yg suruh lebihkan adunan sb nak makan sungguh2. Sudahnya tu dia.. tak terhabis rasanya utk aku anak beranak makan. So, even blueberry cheese tart aku tu cacat rupanyer, aku kasi gak ler buat jiran2 sebelah & depan rumah kasi merasa sorang sket. Diorang pun faham.. budak baru belajar..hehehe...

Projek tarts aku nie tak habis setakat tu jer tau! Dek kerana tak puas hatinya tart aku berlubang, balik kampung berikutnya aku begin my 2nd learning projek aku. Kali nie aku pakai resepi lain plak which is x masukkan whipping cream. Kali nie , kerja aku jadi lebih mudah sb aku ramai kakitangan...aku invite my lovely kids & my dear niece utk joint venture...hehehe, so aku siapkan semua adunan doh & cheese, ajar camner nak buat... pastu aku pas semua kat diorang untuk buat. Budak2 tu pun very excited ler...pas tekap, diorang pipe kan cheese dan deko2 sket blueberry filling tu. Very enjoyable.. lantak korang ler nak buat camner. My main target cuma nak make sure tart aku kali nie x berlubang lagi and try resepi baru plak. Fuh!.. lega aku hari tu...
Thanks a lot my dear kids & niece..luv you!

Khusyuk Kak Nana tekap doh ke acuan tart. Danish plak pandang penuh teliti.. hati tu mesti terdetik"pas nie aku nak buat plak".

Apa yang penting? kerjasama... Apa yang penting? kerjasama.... Wonder pets Sg Batu.
Kerjasama Alang, Isha & Kak Nana.


Pembahagian kerja... masing2 take turn..


Antara semua, aku tengok Alang nie yg ada tokoh jadi baker one day nie... semangat yg jitu, minat yang tinggi! Alang lah yg teman aku dari awal projek sampai ler habis.

Ni lah tarts hasil kerjatangan anak2 dan anak2 buah aku... cantik kan? Utk kali nie aku pakai acuan size kecik sket.. baru senang nak masuk mulut.


Nie apasal jadi gini... mana blueberry nyer? Actually nie spesel for bibik. Bibik x minat ada blueberry..but hantu cheese. So, untuk bibik xtra cheese..bibik aku nie manja betul, apa nak majikan buat. Bukan senang nak dapat majikan macam nie tau bibik!

Tuesday, February 15, 2011

SUATU PETANG & BILA LARUT SENJA_ PONTIAN, JOHOR

Salam semua...skrg nie aku tgh x tau nak buat apa. Luqman nak main game so, dia suruh aku temankan dia. Anak2 aku nie pesen nyer..buat apa je nak berteman, bukan sebab takut tp mengada2.. nak manja. Bila hari cuti2 jer, selalunya aku ler selalu dapat permintaan tinggi. Adus! x kasi chance le umi dia bergolek kuak lentang petang2 hari nie. tengok ler tu... khusyuk habis!

Dah tak larat panggil abang tolong sambung... bijak!bijak!
Sempat posing jap bila tau umi dia snap gambor.
Mana lalu duduk tercongok jd penonton jer. Jadi aku pun kodek2 laptop..tengok gambar2 kenangan silam lalu terjumpa ler gambar2 saat aku gi Pontian thn 2009 dulu bersama Za, Sa'adiah untuk training on Safety.. tak silap aku Understanding of ISO2007.. sb Malakoff sasar all their plants to be certified ISO in year 2009. Sepanjang 2 hari training tu kami stayed kat Hotel Pontian, tu jer hotel yg ada yg ok sket kat sana. Hotel nie betul2 tepi laut, so pemandangan waktu petang dia memang cantik.. jd x mau ketinggalan ler snap gmbr buat kenangan cuma gmbar x ler cantik benor sb snap pakai kamera biasa2 jer bukan yg gedobok canggih-manggih tu..

So, bwh nie aku tepek sket gambar kami posing waktu senja kat situ sb dah x tau nak ke mana...

Ni lah model2 x bertauliah yang di datangkan khas dari penang utk buat photoshoot kat pantai pontian...

Yang baju putih tu jer model yer.. yg baju bunga2 tu, tak de tokoh lgsg.