CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 30, 2012

Hepi... hepi.. hepi...

Hepi la... smlm streamyx dah install kat rumah sewa ummi kat Penang ni. So, senang ler sket Ummi nak access internet, boleh ler Ummi active semula ber 'fb', update blog bahkan macam2 lagi ler. Work from home pun senang sket sb access dah laju sket compared to broadband. Kalau tak, berkukus ler ummi nak memanfaatkan kemudahan internet yg available hari nie sb ummi cukup malas nak cucuk broadband, run Maxis application... byk nor step dia, baik ler ummi tido jer...zzzzzzzzzzzzz.


Ok la. Nanti, perkara pertama ummi nak buat ... ummi nak posting sumer entry2 ummi yg dah lama dok terperuk kat dlm draft tu.. Sebelum tu, kita rilex.. kasi cool down dulu.....


Next week 02~04 April 2012, Ummi akan masuk tempat kerja lama ummi, Lumut Power Plant..ada VDMP training, bolehlah ummi ambil kesempatan melawat teman2 lama Ummi...rindu ummi kat diorang...



Friday, March 23, 2012

Artikel Menarik Utk Dikongsi: Sesuatu Yang Patut Semua kita Umat Islam Tahu...

Rahsia Tersembunyi yang Amat di Takuti Oleh Yahudi
***************************************************
Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.

LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan “Hakikat Sebenar” matlamat mereka dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan “kambing Hitam” untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah “PEMBOHONGAN”. Pembohongan bermaksud “Dusta” itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji “Gunung Roti” bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis “ The Protocols of the Elders of Zion” perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.


Siapa Gaddafi sebenarnya?

Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir nerjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la’natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’;

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la’natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na’am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la’natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na’zubillah min zalik.

Catatan tambahan:

Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfī audio(bantuan·maklumat)) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar “mati syahid” jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9] Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.



Kehidupan awal

Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun,Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.

Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan diTurki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikantahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai “Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi.”

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya “diperintah oleh rakyat” .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.

Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 – 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 – 1967).

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dansosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara “langsung, popular demokrasi” dan lebih sesuai dikenali sebagai “Sosialisme Islam” . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.

Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudidi kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan ‘Buku Hijau’. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.



__________________

Tidak mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq. Itulah kebebasan dan keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya. Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, “Lebai Malang”.

Demokrasi adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini. Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun jika kita rasakan berada dikelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah saranan Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah Dajjal. Dinasihatkan agar menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al Kahfi tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan KafFaRa di “dahi” Dajjal ini. InsyaAllah.

Kita bernasib baik kerana kita diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan sebaliknya.

Memandangkan kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan pemerintahan sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang berjiwa kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar kacirkan negara ini. Walaupun starategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang melaksana sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.

Malaysia juga diantara negara yang cuba popularkan “Dinar Emas” satu masa dahulu tetapi menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek “Dinar Emas” ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya mempunyai rezab bijih emas di bawah perutbumi padang pasir yang luas itu. Sebab itu mereka berani menyuarakannya.



Apa yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya sebagai jualan “koleksi” bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak menggugat sistem kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan bimbang Malaysia mengambil langkah drastik mengisytiharkan untuk menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu Malaysia antara negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem kewangannya dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.

Rekod mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan “Dinar Emas” sebagai forex atau tukaran perdagangan antarabangsa disatu masa dahulu masih tersimpan kemas dalam diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang sekian lama telah menipu dunia melalui terbitan “wang kertas” yang bersandarkan hutang (debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan proksi mereka.

Untuk menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan proksi mereka. Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit waktu lagi bila masa mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana komputer peribadi saya sudah diintip dan perhubungan internet pula sering terganggu.

Jika rakyat negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat menyesatkan dan mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri. Setelah tumbangnya Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru jika Indonesia dapat ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini kemungkinan ini bukan sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera mengumpul “dinar/dirham (emas dan perak) Malaysia” sekadar yang terdaya. Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan Kelantan juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal terjadi atau mungkin hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan sebelum dijajah British.





Kemerosotan nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara Eropah gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula semakin lemah kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit Malaysia juga tidak akan dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur sama. Buat waktu ini, USA masih berupaya melindungi kejatuhan nilai dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan. Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi. Keadaannya dilapurkan sangat tenat.

Emas akan menpunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bilamana nilar ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah tukaran antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar kepada bon dan “debt” atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya memaksa dunia menggunakan wang RIBA.

Tanah Melayu pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya bermula dari kewujudan Kesultanan Melaka..

Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu, namun atas kehendak Allah mereka masih gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan rehat. Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijeh timah.

Tumpuan mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang banyak di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud sekarang.

Simpanan rezab emas “mentah” Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki, dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia kedudukan dan nilai rezab tersebut.

Kerajaan sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan menggantikan USD). Menjadi tanggung jawab kerajaan untuk merahsiakannya dari pengetahuan umum demi keselamatan negara atas nasihat pakar strategik.

Sebab itu mereka (zion) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari terus memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana yang semua orang diharapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya melepaskan diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).

Allah masih belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada . Andai sebaliknya berlaku, proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua rezab ini diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin suntuk. Usaha mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit zionis), mereka berharap keadaan akan berubah dan memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah hampir berjaya menawan Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana semakin lemah dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh.

Walau bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama.Perancangan Allah melangkaui tipudaya makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah “hak Mutlak” Allah Subhana Wa Taala. Wallahu A’lam.



http://www.facebook.com/notes/al-muhaimin/rahsia-tersembunyi-yg-amat-digeruni-yahudi-laknatullah/234353863284759

Friday, January 13, 2012

We miss u soooooo much Kak Nana.....

Salam semua,

Hari nie, ummi rasa x sabar sangat... x sabar nak pergi ambil anak Ummi Diyana aka Nana balik rumah. Actually x jumpa Nana baru 5 hari tp rasa macam lama sangat. Ye la nie kali pertama Ummi berpisah lama dengan anak2 Ummi. Semalam Nana tepon, dapat rasakan nada suara Nana yg cam homesick dah... sebak jer dia cakap dia rindu kami semua. Ummi tenangkan dia pujuk dia esok kita jumpa, ummi gi ambil Nana awal2.

Actually, Nana dah duduk asrama sekarang. 03hb Jan lalu, Nana selamat mendaftar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Pokok Sena. Nana x dapat masuk SBP, MRSM x tahu keputusan lagi tapi dapat masuk Al-Irshad nie dah cukup buat ummi happy sangat sb ummi nak sangat Nana masuk sekolah agama. 10 Jan lepas, Nana dapat pulak tawaran masuk ke Sek Raja Perempuan Taayah, Ipoh.

Last weekend Ummi sekeluarga pergi melawat Nana, bawak makanan dan makan sama-sama dia tepi padang sekolah. Best plak sekali2 berkelah. Al-Irshad memang galakkan parents datang melawat anak2 selalu. So, every weekend yg x balik rumah, ramailah family yg datang melawat dan berkelah makan2 dengan anak2 diorang. Banyak pondok2 disediakan utk keluarga bersantai.

Al-Irshad nie dikatakan setanding Taayah, sekolah kluster kecemerlangan dan sek agama terbaik di Pulau Pinang. Melihatkan suasana dan konsep Al-Irshad yg betul2 menerapkan islamic environment buat Ummi dan ayahanda CMP tertarik dengan esekolah Al-Irshad, dekat pulak dengan rumah, so, after discuss dengan Nana dan ayahanda CMP, kami putuskan Nana stay ajer di Al-Irshad. InsyaAllah dimana-mana pun if ada usaha pasti akan berjaya. Pokok pangkalnya di hati, dan kita parents kena sama2 membimbing dan mendoakan anak2 if nak anak2 jadi insan yang berakhlak baik dan berguna suatu hari nanti. InsyaAllah.

Inilah Nana sekarang..ummi dan ayahanda CMP gembira sangat dengan perubahan Nana sekarang. Mudah-mudahan ianya berkekalan.


Luqman: ummi ayah sembanglah ngan kakak ye.. adik nak tembak sumer! Main jer kerjanya...nama pun budak. Suka hatilah dik!!!!


Check syiling tinggal banyak mana... nak buat call nanti.

Bibik pun tak ketinggalan follow sama... nak luangkan masa sebaiknya nya ngan anak2 yg bakal ditinggalkan tak lama lagi. Dah tak lama dah.....


Bersama Kak Nana tersayang...We miss u soooooo much!!!!!

OK lah, kita kena break dulu.... Ummi nak balik ambil Kak Nana. Nanti kita story lagi k!

Thursday, January 12, 2012

Dah.. 36 yek?



Assalamalaikum semua,

Ummi kembali lagi after sekian lama menyepi. Anyway, nie dah jadi trademark ummi, nak buat camner. Nie ummi nak posting pasal besday ummi's good friend kat opis... Suhaini aka Che Mek Sue, our Secretary yang kecik molek tu.. ops! silap... our Plant Manager punya secretary. Actually her birthday was on last 10th January. Now, Sue already turn to 36th. "Welcome to the club..above 35 mums !!!!!

"Hepi besday Sue.. Wishing you many more happy years to come. Good health and happiness in life, Happy birthday!" .

Gambar2 appended below was taken on yesterday 11/01/2012, Sue's simple belated birthday celebration kat pantry opis by teman2 ladies. The cake was sponsored by Za, the only lady engineer at our plant... very nice and tasty cake, choc cheese by Secret Receipe...Yummy!yummy!






Choc Cheese Cake, a present from Za.


"Hepi besday to u (3X)". Upacara memotong cake.


Nyum! Nyum! Dinda Sa'adiah ngan penuh khusyuknya menikmati....




Mission accomplish..huahahahaha.....

Here the ladies! Missing sorang.. my Assistant, Mastura. Nie lah the only PPP princess at Prai Power Plant. PPP Princess? hehehehehe. Za yang tudung pink tu.

Daaaaa... keep update kay!

Tuesday, December 20, 2011

Dah...... nak abis December......

Actullay ini posting ummi yg dah dok dlm draft sekian lama.. So, ummi completkan ajer ler.

Salam semuar, lama dah ummi x citer2 ngan korang kan.




Actually ummi very d busy lately. Start Nov lagi jadual ummi tight giler. Selang minggu turun naik KL ~ Penang nak settle kan procurement group project, Vendor Development & Management Portal (VDMP) dan training.... memenuhi TNI (Training Need Identification) ummi sb dah ujung tahun nie. Anyway ummi cuma sempat attended 2 training jer. Jadilah dari zero. VDMP project still in progress so camnilah nasib ummie..



Minggu depan nak nak stay kl lagi seminggu buat UAT re-test. Balik plant pulun cover process outstanding purchase request (PR) in fact setengah dah jadi PR backlog, dengan PR utk next plant outage lagi, dengan nak pulun completekan procure budget items lagi. Diorang nie dah nak end year baru sibuk nak initiate PR Capex diorang.. ummi gak ler yg sakit, terkejar sana terkejar sini... Sengsara!!! memang sengsara!!!!! Tu baru bab kerja..



Personal life plak... sama jugak. Padat! Sampai kali nie x der peluang bawak anak2 gi vacation. Sian gak kat diorang. So, bila ummi kena kerja kat HQ, sekali dua ummi heret ler diorang sekali. Every weekend penuh jemputan kenduri.. ada dekat ada jauh, tu pun x boleh nak penuhi semua jemputan... yg dekat yang jauh, x pergi rumah saudara mara terdekat. Jadi, kena gagahkan ler juga sb orang dah jemput...jemputan kenduri kahwin nie apa yang ummi tahu wajib kita pergi if x der aral melintang. Weekend dengan kenduri kendara, weekday dengan kerja, selang seli ngan uruskan application sekolah Diyana...ngan interview and periksa sana sini.



So far, Nana dah apply masuk SBP, MRSM, sekolah agama Perak, sekolah agama Penang. SBP dah kuar keputusan, tak der rezeki Nana nampaknya, tak berjaya. So, tunggu yg lain2 ler.. 12 Dec lepas Nana gi interview MRSM Kepala Batas aliran ulul albab. 3 Jan baru keluar result yg ummi tau. last weeken 17 Dec Nana dipanggil interview utk Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh. Tak tau ler camna.. ada rezeki adala. Anyway ummi dah x susah hati sangat sb Nana dah berjaya masuk ke SMKA Al-Irsyad, Pokok Sena.. antara sekolah terbaik /cluster kecemerlangan di Penang. Alhamdulillah. Lepas nie pakai tudung labuh ler anak ummi... ummi camner? masih belum ada jawapan...hehehehe.



Inilah serba sedikit update pasal ummi skrg nie... bz! bz! bz!





Jom layan....







Training on Kepemimpinan Mengikut Model Rasulallah bersama Dr Fadzilah Kamsah dan Ustaz Azlan Abdul Jalil (DMFK Inspiration) at Malakoff Academy Excellence (MAX), KL Sentral.

Best training nie.. especially masa 2nd day session ngan Ustaz Azlan. Participant dia pun best2 jugak!



Ladies with Dr Fadzilah... nak gak buat kenangan...

Nie lah project team member for VDMP project... bergambar bersama pihak consultant emi solution & our MD, En Zainal Abidin Jalil. Yang mana ummi... front line.. 3rd from left.


Launching event.

Saturday, November 19, 2011

Tokoh Pelajar Mithali 2011

Assalamualaikum semua. Kali nie lagi pasal anak ummi, Diyana... Last Tuesday, 08/11/2011 sekolah Nana, Sek Keb Seri Impian buat Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011 dan ummi dan ayah CMP terharu sangat sebab Nana telah dipilih sebagai Tokoh Pelajar Mithali 2011.sekali lagi Diyana telah menggembirakan ummi dan ayahanda CMP.


Walau macamanapun, ummi agak terkilan sb ummi tak dapat sama melihat Nana naik ke pentas terima anugerah tu sb ummi terpaksa ke KL atas urusan kerja. Jadi cuma ayah CMP ajer lah yang hadir ke majlis tersebut. Maafkan ummi ye Nana....

Pagi tu, ayah CMP macam biasa....mat selamba, pakai t-shirt jer anyway nasib baik kali nie hati ayah CMP tergerak pakai t-shirt berkolar dan seluar slack. Selalunya ayah CMP nie uniform rasmi dia t-shirt dgn track suit jer ler...sampai kekadang ummi sound gak ler...biarlah kena gaya dengan majlisnya. Nie mai ikut sedap pakai jer...Camtulah ayah CMP.

Rupanya elok sangat ler gerak hati tu datang sb rupanya ayah CMP nak kena naik pentas sama Nana. Lama jugak ler atas pentas tu sb pengacara majlis siap baca biodata Nana lagi...

Tengah dengar MC baca biodata...

Nana terima anugerah





Diyana dan teman seperjuangan...

Ummi teringat lagi berapa tahun yang lalu, waktu Nana di alam tadika. masa tu Nana sekolah Tadika Pei Zheng, tadika cina. So, persaingan memang kuat...jadi, Nana masa sekolah tadika jarang dapat anugerah2 nie. So, ummi dan ayah CMP selalunya hadir ke sekolah just untuk memeriahkan majlis jer, pastu cuma tengok anak2 kawan ummi yg naik ke pentas terima hadiah khas,.. pelajar terbaik sana, pelajar terbaik sini. Nana x dapat apa-apa pun.
Sampai satu masa, ayah CMP bersuara pada ummi " Bila la nak tiba giliran Abang plak tengk anak abang naik ke pentas, terima hadiah khas cam diorang tu?". jawapan ummi pada masa tu hanyalah." Sabar lah bang, setakat tu jer kemampuan anak kita nak buat macamana". Dan Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa yang tak pernah henti, kini lepas satu satu Nana terima kejayaan...tercapai sudah impian ayah CMP nak tengok anaknya di ats pentas terima hadiah khas.


Alhamdulillah. Lately ummi dapat lihat keceriaan yang terpancar dari riak wajah ayah CMP oleh kerana Siti Nurfarah Diyana. Terima kasih Nana.... macamana pun Nana, Ummi dan ayah sayang sangat Nana.
Anak2 yang lain plak.. Danish, Luqman.. camner lah korang plak nanti ye...doa dan harapan ummi, korang pun akan sentiasa beroleh kejayaan selalu hendakNya, InsyaAllah.

Alhamdulillah.....

Tanggal 17/11/2011, merupakan hari yang penuh debar buat Ummi sekeluarga. Hari dimana keputusan UPSR akan diumumkan... camnerlah nasib anak ummi, Diyana. Pagi tu, tepat pukul 10 am ummi dan ramai lagi ibu bapa dah sampai sekolah. Anak yang ambik peksa, emak2 bapak2 yang suspen lebih. Pada hari yang sama sekolah buat majlis Hari Anugerah 2011.

So, keputusan yang patutnya pukul 10 am tadi dah tau, pukul 11.30 am masih lagi jadi tanda tanya.. Dah di penhujung majlis, barulah tiba sessi penyerahan slip keputusan upsr. Guru kanan announce dari bawah naik ke atas...memang buat suspend mak bapak dan semestinya empunya badan, student tu sendiri lah.

Anyway, x sempat rasa suspend tu nak ke kemuncak, ayah CMP dah tepon:
Ayah CMP: " Yang, dah tau Nana punya keputusan?"
Ummi: " Belum"..
Ayah CMP: " Abang dah tahu, Nana dapat 5A" dengan happynya..

Hah! awak yg dok tunggu sini tak tau, CMP yg kat opis nun yang tau dulu.. Ceh! Apa pun Alhamdulillah syukur Ummi yang teramat sangat kepada Allah swt. Doa ummi sekeluarga termakbul lagi...

Rupanya, guru kanan sekolah yang memang kenal ayah CMP dah tepon CMP bagitau keputusan Nana.
So, tinggal Nana lagilah yg masih suspen. And finally, pelajar yg dapat 5A dipanggil ke atas pentas dan Nana is one of them.

Bagi Sekolah Seri Impian, 16 orang yang dapat 5A out of 22 yg ditarget. Anyway, dibanding dengan tahun sebelumnya (13), meningkat.



Inilah wajah2 mereka yang berjaya mendapat 5A bagi Sek Keb Seri Impian. Nana duduk, kanan sekali..uniform biru. bergambar bersama Pengetua sekolah dan Pengerusi PIBG sekolah.



Seorang demi seorang pelajar 5A dipanggil naik ke pentas..


Terima kasih Ya Allah, terima kasih anakku Siti Nurfarah Diyana. Satu ayat Diyana yg masih terngiang2 dalam ingatan ummi dan airmata ummi pasti akan bergenang bila ummi teringat ucapan Nana nie. " Ummi tau, Nana seronok sgt dapat 5A...Allah makbul doa Nana. Nana berdoa pada Allah, Nana harap sangat Nana dapat 5A sebab Nana nak gembirakan ummi dah ayah Nana". Malah sambil jari ummi menaip kisah nie, airmata ummi masih terus bergenang.. rasa terharu yang amat sangat.


Ya Allah, jadikan anak2ku anak yang soleh dah solehah dan anak yang bertimbangrasa terhadap kedua ibu bapanya, Amin.