Monday, August 30, 2010

Pot Luck Sambut Ramadhan 1431H di Opis ku...

Dah lama kami PPP Ladies tak buat makan-makan... maka dah lama jugak ler kami semua tak merasa air tangan kengkawan. Maka upon discussion, timbul idea nak buat pot luck ambil berkat sempena sambut Ramadhan. So, pakat berbahagi tugas memasak ler among the ladies .

Dalam dok excited nak buat pot luck, anak bujang gue.. Danish admitted hospital la plak.. lung infection. Admitted Rabu malam, Ahad baru discharged. So, aku tak dapat ler nak menyumbang menu utk pot luck Monday nyer... so, Isnin tu aku jadi tester jer ler...


Inilah juadah yang tersedia pagi Isnin 02/08/2010 tu.. Kak Z aka Zaleha buat laksa campur. Even ada anak kecik, kak Z sempat lagi sumbang menu berat. Sue pun apa kurangnye.. nasi ayam lagi. Za sponsor murtabak bakar + puding kastard. Shikin buat cucur udang habuan lawan laksa campur kak Z. Mekasih adindaku semua.. kenyang akak hari tu. Jan Cafe mesti "sedih" akak tak turun makan ari tu sb .. kalau tak akak kan salah seorang pelanggan tetap dia..hahahaha!


Inilah dia cook of the day... Kak Z akak Zaleha (bertudung hitam) dan Sue the Secretary (in uniform)


Nie plak ... food tester dia... Sa'adiah (tudung putih). Za penyumbang mutabak bakar... dan aku lah... yummy!yummy! pinjam jap statement adik Aqil...

Oleh kerana 1st pot luck, aku dan Nini tak dapat nak sumbang menu maka on next Tuesday, 10/08/2010 .. sehari sebelum 1 Ramadhan...giliran aku dan Nini plak memasak utk mereka semua. Pikir punya pikir sudahnya inilah menu yang dapat aku dan Nini sediakan..


Nini... bihun soto Negeri Sembilan..hehehe... frust sambal kicap tak cukup...nanti kena buat lain.. denda!


Nie menu aku... roti jala + kari daging + kuah durian. Orang Penang nie jarang makan roti jala ngan kuah durian.. diorang tau kuah kari jer. So, atas advised suamiku, CMP.. aku introduced menu baru nie kat diorang. Katanya kasi diorang cuba baru diorang tau nikmatnya roti jala + kuah durian... menu favourite aku suami isteri and anak beranak..

Nielah plak food tester utk hari tu...dari kiri; Kak Z, aku, Za, piece!!! Nini and Shikin yang mongel itu..hiks!hiks!


Za, Afif.. rezeki dikongsi bersama... & Sue.

Orang jauh... langkah kanan. Azmi yang pemalu.

Saturday, August 14, 2010

Danish Admitted Bagan Specialist Centre (05/08/2010)

This is the 2nd time Danish admitted hospital. 1st masa dia age 2+, admitted Pantai Puteri Specialist Centre kat Ipoh due to lung infection. Kali nie kes yang sama juga.



Macamana dia boleh masuk spital? Cam nie... sejak early July 2010, after kena chicken pox, Danish selalu tak sihat.. demam on off..drag sampai ke August. Dalam sihat2 ligat main tup!tup! petang badan panas sgt .. dah demam. Sepanjang tempoh tu berapa hari jer dia pergi sekolah...cuti memanjang. Sampai sudahnya cikgu kelas Danish panggil Kak Nana bagitau adik lately dalam kelas nampak macam tak sihat and lesu jer. Balik Kak Nana bagitahu aku ngan ayahnya, jadi susah hati plak kitaorang. So, sejak tu nekad if Danish demam lagi nak terus bawa ke hospital. next day nyer, balik kerja tengok2 Danish dah berselinut, muka merah padam.. letih jer anak aku nampaknya. Tak boleh jadi! Aku mesti bawa dia ke hospital. Sebaik jer CMP balik aku terus ajak bawa Danish ke hospital utk further check up.



1st pergi hospital BM Specialist, mak aih! punya la ramai orang sakit especially kids. Mostly kes yang sama...demam. Hospital attendance to kasi tau boleh check out-patient jer, if kena admit bilik VVIP jer yg available...semalam RM650. Tertelan air liur aku... Camner nie... Danish mesti kena further check, aku tak boleh tangguh dah takut condition dia getting worst. Suddenly, terlintas kat kepala... Bagan Specialist, terus kitaorang rushing gi bawak dia ke sana. Nasib baik doktor pakar masih ada. Sampai je buat appointment ngan pediatrician, Dr Tan Chee Heong, baik sangat doktor tu...Dr pun check condition Danish and advised supaya Danish warded. Kitaorang agreed ajer sb itulah yang kami harapkan... supaya boleh buat further check up health condition Danish. Admitted ler Danish at room 446...level pesakit dewasa sebab level utk patient kanak2 dah full. Malam tu dr ambil sample darah, pasang drip. Esok awal paginya x-ray and resulted Danish kena lung infection. Alhamdulillah lepas masuk 3 botol air, nampak condition dia semakin baik. After 4 days stay, Danish was discharged and his condition was very very much better. Syukur Alhamdulillah.
Malam admitted masuk spital... muka 10 sen jer...

Kesian anak umi. Be strong boy...
Yang lawak... Danish so excited masuk spital... sebab dapat special attention from all katanya. Kita mak bapak susah hati dia tak tau.. tulah namanya budak2...


Food provided was satisfactory...banyak menu nya sampai org yang menjaga boleh tumpang sekaki.. ye la org sakit makan byk mana sangat.

Makan pagi.. menu sihat! 1 jug milo, semangkuk oat, 2 keping wholemeal bread & telur dadar.
Masuk hari ke 4, condition Danish semakin baik... baru terasa bosan dok spital..minta kat doktor nak cepat balik...hehehe

Ummi dari tunggu saja... apa lagi mula kat spital pun nak bukak opis...letih buat kerja.. layan internet pulak.. tu jer lah kerjanya...