Monday, February 28, 2011

Asthma oh Asthma!

Assalamualaikum semua. Kali ini, aku nak share tentang penyakit Asthma dengan korang semua. Aku nie kira came from genetic yg ada Asthma. Maka turunlah masalah semput tu sampai ke 2 orang anak aku, 2D...Diyana & Danish. Kesian diorang, maafkan Ummi ye anak2. Ummi tak mampu nak mengelak.

Recently, Danish kena Asthma lagi. Before that, dia batuk non stop...baik, dua tiga hari pas tu batuk balik berlanjutanlah sampai about one month.Musyhkil aku apasal batuk dia tak baik2. Apa lagi mula la aku jadi PI. Siasat punya siasat sudahnya rahsia terbongkar... kat rumah dia pantang habis ler kononnya, kat sekolah rupanya dia bantai minum ais sakan. No wonder la batuk dia x baik2. Kemuncaknya, mid feb bebaru dia kerap penat... nampak dia punya condition getting worst, aku jadi tak sedap hati so bwak ler dia g kid specialist. Check punya check condition dia, belek pi belek mai record lelama, doc ckp dia nie kena Asthma attack balik nie. Sedangkan sebelum nie masuk age 3 years dia nmpk dah recover. Nyesal nyer aku x bwk specialist cepat2, dok ulang klinik biasa jer. So, doc pun kasi ubat, bagi MC 2 hari sb nak kena ulang alik 2 hari nie amik nab utk clear the lung. So, ngan aku2 ler MC nak kena bwk dia ke klinik.


2 days MC utk Danish

Segala macam Ubat

Chamber for kid...utk mudahkan bebudak nie nak gunakan inhaler
So, moral of the story... korang jgn biar anak2 korang batuk berterusan lama2.. if batuk kejap baik kejap tak tu, segera2lah bwk g further check up takut nanti bila lung anak2 dah stuck ngan kahak, dia akan jadi penat aka Asthma. Pada yg tak aware atau kurang knowledge pasal penyakit Asthma nie, nie aku tepek general info penyakit penat nie utk kita share sama2.

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Asma di kalangan kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.



Nie salah satu lagi bentuk Aerochamber for kid.. selalunya utk yg kanak2 kecil sb diorang tak pandai lg nak sedut direct from inhaler. Ni kak Nana punya.

Disebalik musibah atau ujian yg Allah bagi nie, aku nampak juga hikmah disebaliknya. Cer lihat photo di bawah nie. Selalunya pantang silap sikit nak perang tp kali nie manja jer ngan kakak ..x der nak garang2 ngan kakak dah. kakak pun nmpk verycaring kat adik dia. Kakak nie selalu jd mangsa buli adik-adik. Kakak pun selalunya dia yg manja, dah besar panjang tp pantang aku suap adik2 makan, dia mesti tumpang sekaki,. Standardnya, kalau aku suap makan anak2..nasik sebumbun..sb tuk tiga2 sekali .

Kalau cam nie hari2, sejuk perut umi yg mengandungkan korang nie anak2 oi...

Nie waktu g follow up check next week nyer... Adik nie ngekor jer kerjanya. Belakang tu ler kid specialist yang selalunya aku bawa anak2 , KID CARER Children Specialist Centre, Taman Inderawasih, Chai Leng Park dan anak2 pun suka pegi situ. nak tau kenapa? tengok gmbar seterusnya...


Ada mainan ler....and next to the clinic ada KFC. So, setiap kali pergi Umi mesti kena paw.

No comments: