Saturday, November 19, 2011

Tokoh Pelajar Mithali 2011

Assalamualaikum semua. Kali nie lagi pasal anak ummi, Diyana... Last Tuesday, 08/11/2011 sekolah Nana, Sek Keb Seri Impian buat Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011 dan ummi dan ayah CMP terharu sangat sebab Nana telah dipilih sebagai Tokoh Pelajar Mithali 2011.sekali lagi Diyana telah menggembirakan ummi dan ayahanda CMP.

Walau macamanapun, ummi agak terkilan sb ummi tak dapat sama melihat Nana naik ke pentas terima anugerah tu sb ummi terpaksa ke KL atas urusan kerja. Jadi cuma ayah CMP ajer lah yang hadir ke majlis tersebut. Maafkan ummi ye Nana....

Pagi tu, ayah CMP macam biasa....mat selamba, pakai t-shirt jer anyway nasib baik kali nie hati ayah CMP tergerak pakai t-shirt berkolar dan seluar slack. Selalunya ayah CMP nie uniform rasmi dia t-shirt dgn track suit jer ler...sampai kekadang ummi sound gak ler...biarlah kena gaya dengan majlisnya. Nie mai ikut sedap pakai jer...Camtulah ayah CMP.

Rupanya elok sangat ler gerak hati tu datang sb rupanya ayah CMP nak kena naik pentas sama Nana. Lama jugak ler atas pentas tu sb pengacara majlis siap baca biodata Nana lagi...

Tengah dengar MC baca biodata...

Nana terima anugerah



Diyana dan teman seperjuangan...

Ummi teringat lagi berapa tahun yang lalu, waktu Nana di alam tadika. masa tu Nana sekolah Tadika Pei Zheng, tadika cina. So, persaingan memang kuat...jadi, Nana masa sekolah tadika jarang dapat anugerah2 nie. So, ummi dan ayah CMP selalunya hadir ke sekolah just untuk memeriahkan majlis jer, pastu cuma tengok anak2 kawan ummi yg naik ke pentas terima hadiah khas,.. pelajar terbaik sana, pelajar terbaik sini. Nana x dapat apa-apa pun.
Sampai satu masa, ayah CMP bersuara pada ummi " Bila la nak tiba giliran Abang plak tengk anak abang naik ke pentas, terima hadiah khas cam diorang tu?". jawapan ummi pada masa tu hanyalah." Sabar lah bang, setakat tu jer kemampuan anak kita nak buat macamana". Dan Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa yang tak pernah henti, kini lepas satu satu Nana terima kejayaan...tercapai sudah impian ayah CMP nak tengok anaknya di ats pentas terima hadiah khas.

Alhamdulillah. Lately ummi dapat lihat keceriaan yang terpancar dari riak wajah ayah CMP oleh kerana Siti Nurfarah Diyana. Terima kasih Nana.... macamana pun Nana, Ummi dan ayah sayang sangat Nana.
Anak2 yang lain plak.. Danish, Luqman.. camner lah korang plak nanti ye...doa dan harapan ummi, korang pun akan sentiasa beroleh kejayaan selalu hendakNya, InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah utk Nana, semoga menjadi peransang utk adik2 pulak lepas ni..Tahniah jugak utk kak ida & abg poi..

73 de 9W2LPP & 9W2SEV..pantai remis..