"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."
Tuesday, October 25, 2011
Hikmah Membaca Al-Quran
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri
lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Begitulah besarnya fadhilat membaca Al-Quran. Selalunya kita nie terlalu lalai dengan kesibukan duniawi sampai Al-Quran pun boleh bilang dengan jari berapa kali kita baca dalam sebulan...tu kira dalam bulan if kira dalam hari, malulah nak cakap.. nie bukan ummi tujukan kat korang , ummi pun sama... so, sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri.. belajar untuk lebih mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta, Allah swt.
Friday, August 5, 2011
Yang Mana Satu?
Kisah kali nie terjadi pada bulan May 2011 yang lepas... kisah CMP yg dalam dilemma. Actually dah lama ummi upload gambar nie.. tapi biasala... dok parked under draft jer sb x der masa nak tulis citernya.
Alkisah, CMP selalu merungut sejak adik Aqil masuk tadika nie... CMP kena gi kerja dengan keter. Motor buat bibik hantar adik gi sekolah sb Aqil suka buat jadual masuk kelas dia sendiri.. suka hati dia nak gi pukul berapa...so, bibik ler yg terpaksa hantar dia ke sekolah. Anyway balik Aqil naik van.
Nak jadi citer plak, dia dah transferred ke branch Agrobank di Alma, Bkt Mertajam. So, CMP selalu stranded dlm traffic jam nak tembus pekan BM tu.. So, CMP mula pasang cita-cita nak beli motor lain. Masa tu yang ada dalam kepala CMP dua motor nie...motor-motor nie ler dia dok umang-umangkan kat ummi.. So, ummi dengar jer ler...

YAMAHA LC?

YAMAHA FZi150? Ni gambar model baru.. masa tu design dia ummi x suka sb lampu bulat cam motor zaman dulu2.. so, if tanya ummi masa tu ummi rejected. Lepas kuar model baru baru ummi komen positive pada CMP..hehehe.
Sejak tu, CMP bila ada jer kawan se-opis gi kedai motor, dia mesti tumpang sekaki.. usha-usha...pas tu berangan.. bila la nak beli nie?
Kebetulan..May 2011, bulan istimewa bilamana bulan tu ummi dan CMP akan sambut ulangtahun perkahwinan kami. Untuk tahun 2011, genaplah usia perkahwinan ummi dan CMP yang ke 13 tahun. Makanya, cam biasa.. ummi akan fikir apalah hadiah nak kasi kat CMP kali ini. Dan....
Alhamdulillah, kebetulan pada bulan itu ummi dilimpahkan rezeki yang lebih dari biasa dr Allah swt. Jadi ummi bercadang nak nak penuhi hajat CMP... belikan motosikal baru buat CMP dan ummi upgrade motor idaman CMP supaya motor tu boleh CMP guna utk balik kampung dengan keadaan yang lebih selesa. Bukan apa, selepas nie CMP akan kerap kena balik kampung .. ada perkara yang perlu CMP buat. So, ummi buat tawaran pada CMP .. dan dua motor nie jadi pilihan CMP yang sesuai dengan budget Ummi.

HONDA CBR? masa tu la plak keluar model baru ..dan CMP dah jatuh hati...jatuh hati kat motor tak per ye , jgn jatuh hati kat orang dah ler ye bang!

SYM VTS250... motor above 200cc yang skrang nie popular kat Penang...
Proposal submitted and reviewed. Decision made..considering few factors, ummi prefer SYM250.
Alasan?
1. Selesa....baik untuk penunggang mahupun pembonceng. tempat duduk yang luas...Ruang antara penunggang ngan pembonceng boleh muat seorang budak size adik Luqman. Kena consider pembonceng gak.. sb ummi pun nak merasa gak..hehehe
2. Compartment besar giler. Tambah plak box, lagilah extra space for storage..
3.Pas tu nie yang paling penting.!!!!!!... usia makin tua, cer bayangkan kalau ummi membonceng motor Honda CBR? mak aih... buruk nor rupanya ummi. So, kerana itulah SYM jadi keutamaan ummi.
4. Ummi pun sebenarnya dah lama terpikat ngan SYM nie..tengok org naik cam selesa jer...
So, itulah factor ummi approved utk SYM. So, apa lagi.. gi kedai motor, wat booking... 3 weeks lead time sb kaler pilihan ummi & CMP x der stock...grey kaler. "Mau kaler lain, 1 week bang camner?" . No!No!No!.. nak grey jugak.. so ok tunggu ler..Plat No plak? nak booking?.. Yezza!
PKD2619? PKD1974?PKD2598? Apa spesel no2 nie pada ummi dan CMP?semua ada makna tersendiri... tarikh lahir ummi & CMP dan tarikh perkahwinan kami. Conpius plak ler nak pilih mana satu. So, sudahnya kami suruh anak2, anak sedara.. Amirul yang kebetulan dok dgn ummi 3 bln & bibik untuk vote. Keputusannya.. 1974 menang majority undi. 1974... traikh lahir ummi.. 01.09.1974 atau bulan kelahiran ummi & CMP....jan, CMP..Sept Ummi..74 tahun kelahhiran kami...
17/05/2011 - Wesak day, org kedai tepon..." Bang, motor dah sampai.. boleh angkat hari nie bang". cepat la plak! So, ...apa lagi ambik selalulah...So, nie ler rupanya motor hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke 13 dari ummi khas buat CMP, suami ummi tersayang... VTS200.
Aik! proposal VTS250 apasal skrg VTS200 plak? Semuanya atas permintaan CMP...bila fikir balik, selaju mana CMP nak speed di jalan raya.... if setakat 130 atau 140km/j, VTS 200 dah cukup ok..nak buat apa buang duit. So, proposal revised! Ummi approved aje as long as VTS...
Kat kedai motor... PKD1974 is ready to go! CMP punya excited... sampai seluar tersenteng pun x perasan dah.hiks!hiks!

VTS200 reach home....

Cuci.. jgn x cuti, motor baru ler katakan.... pantang kotor sket pun!

Plat No keramat!
Nie ler motor lama CMP yang dah bertukar milik ker bibik...
Untuk Bibik... ummi KASI TUKAR!.. body jer ler ... black plak yer...
Rupanya x habis di situ jer... ummi pun dapat hadiah gak...suprise dari CMP...Sony Expria X10. So, skrg nie fully touch screen ler ummi...Tenkiu....tenkiu....
Wednesday, August 3, 2011
Alhamdulillah...
Semalam (Selasa 2/8/2011) antara hari-hari yang amat menggembirakan Ummi. Sampai jer di rumah petang tu...layan Astro sambil main2 ngan Luqman Aqil... my girl Nana pun balik dari sekolah KAFA. " Ummi, English Nana A" dengan wajah yg happy sangat Nana bagitahu kat ummi. Berpelukanlah kami.. terharu ummi dengar ucapan Nana. Alhamdulillah.. syukran...itulah yg ummi nanti2kan... result trial UPSR Nana. Dengan Nana dapat A BI bermakna Nana dah dapat 5A utk trial UPSR dia.
Nana nie...utk subject BI, bila exam, pencapaian Nana selalu tak consistance. Dok main A tak pun B. Same goes to subject Science. Utk periksa ujian penilaian/ penggal, so far dia never archive 5A sb kantoi dgn 2 subject nie. Sblm nie asyik 3A 2B. Tapi sejak masuk drjh 6 nie, ada perubahan positive.. 4A1B. B tu either BI or Science. Last Friday, ummi dah tau result Science dia.. Alhamdulillah, Nana dapat A. So, BI yg masih jadi tanda tanya. So, semalam adalah hari yang begitu menggembirakan ummi sekeluarga. Anyway, Ummi tak lupa ingatkan dia supaya tingkatkan usaha if nak kekal dgn 5A dalam real UPSR. Nana dah buktikan actually dia boleh dapat 5A.
Sebelum ini pun, Nana dah hadiahkan ummi dengan hadiah paling istemewa. Nana dapat 8A dalam dalam peperiksaan UPKK dia.. peperiksaan bagi pelajar sekolah KAFA satu malaysia. If Nana dapat 5A dlm UPSR, cerahlah peluang dia untuk mohon belajar ke sekolah aliran agama nanti. Apapun rezeki datang nya dari Allah, ada rezeki Nana...Alhamdulillah.
Ada citer sebalik result 8A UPKK Nana nie.. actually, bila result announced Nana cuma dapat 7A1C. Masa bagitau result tu pada ummi dan ayahnya CMP, nampak sgt dia frust sb dia target 8A. Dia wonder camner dia boleh dapat C bg subjek Feqah dengan markah 60 sj. Normally, utk sekolah KAFA nie, since last few years dia maintain 8A setiap kali exam.
Abg Ngah lah yg paling over... yg paling mahal dia sapu!
Bibik tak ketinggalan juga.. insan disebalik kejayaan Nana... Bibik ustazah di rumah.. tolong ajar bab bahasa Arab dan Tajwid.. dua subject yg ummi dan CMP x mampu nak ajar Nana. Terima Kasih Bibik..
Aqil ngan valcano ice cream nyer....dan mushrom soup pasti x ketinggalan.
CMP ayahanda... over post plak!
is enjoying the food...
Hot dik!.. tiup dulu sebelum nak ngap tu...
Habis makan ... layan night view Auticity yg begemerlapan cahaya tu..
Monday, August 1, 2011
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Actually sepanjang Ramadhan nie tempat keja ummi x der rest hour sb waktu kerja di revised .. starts jam 8.30 am dan dapat balik awal sket.. 4.30 ptg. So, since dah letih wat keje.. kenalah break jugak. So, ummi ambik chance update blog nie as to wish korang yg rajin baca blog ummi nie " SELAMAT BERPUASA, MOGA IBADAH KITA SEPANJANG RAMADHAN INI MENDAPAT LEBIH KEBERKATAN DARI ALL AH SWT, AMIN".
Sebenarnya ummi skrg nie rasa sedih sket. Today, anak2 ummi sekolah diorang cuti. So, if ummi pun cuti dapat le ummi spend 1st day puasa ngan diorang.. masak menu berbuka utk diorang, kan best! Tp ummi tak upaya sb PMS - mid year review ummi x siap lagi. Actually dateline last Jumaat, 29/07. Tapi ummi hari nie baru siap. Anyway, selewat2 ummi, ramai lg yg lewat dari ummi. So, kira ok ler tu kan..hehehe.
Ummi ngadap blog nie pun as soon as ummi completed the PMS in softcopy. Belum one to one ngan boss lagi.
Last weekend ummi balik kg...Pantai Remis. Sebagai persediaan nak tibanya Ramadhan nie, sakan ummi borong stock dari kampung...ikan bilis, ikan kering rangup, ikan gelama masam, telur masin, ketam, udang, ikan. Sabtu pagi tu sebelum balik kg, ummi dah borong kat pasar daging 1 kilo, tulang 1 kilo, daging cincang pun beli jugak. Borong stock seminggu pose pahamnya... nie ler masalahnya... bulan pose bukan lagi jimat tp lagi banyak habis..hehehe. Nie yang orag kata salah konsep dah nie...hehehe.
Masa gi pasar pekan Pantai, ummi terserempak ngan Haslina.. ex-opis mate ummi kat LPP dulu.. Ala, seronok nya dapat jumpa dia.. al maklumlah dah lama x jumpa. Ina nie ummi panggil dia Ina budak lawa... this's how ummi nak describe dia sb ummi ramai kawan yg nama ina nie.. lagipun dia memang lawa pun pd ummi. Maintain lawa and makin sehat dia.. anyway nmpak kecik sket berbanding dulu. Pregnant2 pun diet ker Ina?
Hari nie, ummi cadang nak buat sup tulang untuk berbuka nanti.. td dah pesan suh bibik rebus tulang siap2. Cuma yang ummi risau silap aribulan dia masak terus.. sb bibik ummi nie bab masak2 nie dia terlebih rajin. Hehehe.. baru skerat hari dah berangan menu berbuka..ahaks!
Oklah korang, have to get back to work. baru dapat call..ada urgent purchase nak kena tackle plak... Maintenance nie suka sgt urgent2 purchase nie. Kali nie diorang nak Petronas Lube Oil 10 drum plak dah..PO nak kena kuar hari nie jugak. Letih tul ummi. Tp nak tak nak dah keje ummi kena la buat jugak...nasib badannnnnn... bila ler boleh nak buat kerja lain plak nie..huhuhuhu... ok..bye2 korang Wassalam.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sepetang di Bengkel DECOUPAGE
Actually, ummi x ler giler sgt hiasan Inggeris nie.. suatu ketika dulu ya! Skrg ummi lebih pada modern style... sb kemas and simple. Anyway, bila difikirkan ilmu... why not ummi joint, tak rugi..at least bebila tergerak nak wat English style, x yah dah teruk2 ummi buang duit beli kat luar, buat sendiri jer... jimatttt!!!! Brg hiasan Inggeris nie if beli kat luar mahal tuh! utk bengkel nie free plak tu. So, terima kasih bebayk ler pada cik Kiah, my beloved frenz yg tlh sudi memanjangkan jemputan pada ummi nie...I'm really appreciate it!. So, weekend tu even penat nak mampus, ummi gagah jugak balik kg ... Penang ~ KL ~ Pantai Remis.. just to attend the program. Next week nyer.. 3 hari pertama tu ummi terkebelai habis...
Ada citer lawak disebalik citer nie...Camnie, masa nak pegi bengkel tu, Luqman x sihat ..cirit birit. So, dia agak merap ummi. Ummi smpi x boleh hilang. Mula ingat nak tepon Cik Kiah kata x jadi gi jer..tp hubby Ummi CMP cakap dia nak cuba pujuk2 Luqman. So, ummi pun umpan dia main game hp ummi...apa lagi game Angry Bird..tima kasih cik Awin tolong installkan game tu ke hp ummi ye...very beneficial. So, ummi bagi excuse nak solat zohor. Lepas solat, ummi angkut semua baju, tudung & bag dalam telekung... bersiap dalam bilik lain dan lari ikut pintu belakang...before that dah suruh anak ummi tolong starts keter..bagi on standby nanti boleh berdesup lari. Sorry ye adik ummi gi jap jer...So, baju ummi hari tu caca merba kaler nya.. nak touch up pun tak sempa, pakai bedak pun main stop tepi jalan jer. perut berkeriuk, x sempat lunch... akhirnya ummi sampai gak ke bengkel nie petang tu..

ie ler rupanya hasil kraftangan Decoupage.... ala2 English style kan?
Tengok tu Ummi sket nyer concentrate ker...ilmu bukan senang nak dapat.


Nie waktu process of painting and drying... siap pakai hair dryer, rasa cam salon plak...
Sempat posing tu...
Kak, seriousnya.. senyum la sket!
Nie proses patching the tissue paper... kena very careful takut koyak.
Smile! suka semuanya..
Peserta bersama hasil kraf masing2...Wednesday, July 27, 2011
Cuti-cuti di Tg Jara Resort 15-17 Apr 2011 (Episod 1)
Posting kali ini pasal ummi satu family gi outing ke Terengganu 3 bulan lepas...hehehe, baru sempat nak upload .....citer basi sket ler.
Cam tahun2 sebelumnya, every year company ummi akan organize staff outing utk staff2 dia. Utk tahun 2011 nie, 2 lokasi yg ditawarkan... utk dalam negara, Tg Jara Resort, Terengganu, nak luar M'sia, Ho Chi Minh, Vietnam. Susah gak ummi nak buat pilihan mulanya...Ho Chi Minh x pernah sampai lagi, dengar citer kengkawan yang dah pergi.. shopping best kat sana... banyak barang murah2...kain baju, telekung. Teruja gak ler...Tapi, Tg Jara pun macam best gak. Anyway, since kali nie decided nak bawak anak2 semua... kena la choose tempat yg boleh anak2 enjoy the trip, keseronakan anak ler jadi keutamaan, seronok ummi tolak belakang dulu. So, dapat jer iteniary, belek2 ....nampaknya cam Tg Jara lebih sesuai ler if nak bawak anak2 sekali. Vietnam, HCM..most of the activities... shopping. Oh tidak, nanti dia buat x larat jalan... ummi gak yg bakal patah pinggang.. saper lagi, anak ummi si Luqman Aqil tu la. So, tak per lah ummi lupakan lah dulu hasrat ummi nak gi Vietnam. So, on 15th April kami bertolak ke Tg Jara Resort.
After about 8 hours journey, akhirnya sampai gak kami ke destinasi di tuju...jalan masuk ke Tg Jara Resort. Gambar nie actually ehsan Leny kawan ummi from HQ. Ummi x sempat nak snap gambor nie..
Ni plak view from lobby... nak masuk ke ruang makan. Anak2 cukup suka lepak kat sini sebab depan nya ada kolam ikan... boleh kasi ikan makan, pallet mintak jer kat receiptionist counter.
Dinner time... malam tu group ummi having steamboat kat lobby area...Kami sibuk prepare steamboat, Luqman dapat awek....Luqman main congkak ngan anak Leny. Gambar also ehsan dr Leny.Sepanjang 2 hari staying kat resort, kerja anak2 ummi mandi pool, main dengan ikan2 & tortoises kat pond tu, pas tu main game kat internet. Dah boring naik bilik layan Cartoon Network.
To be continued....
