Wednesday, August 3, 2011

Alhamdulillah...

1.20pm...Ok.. it's time for a break! Update blog selalu....

Semalam (Selasa 2/8/2011) antara hari-hari yang amat menggembirakan Ummi. Sampai jer di rumah petang tu...layan Astro sambil main2 ngan Luqman Aqil... my girl Nana pun balik dari sekolah KAFA. " Ummi, English Nana A" dengan wajah yg happy sangat Nana bagitahu kat ummi. Berpelukanlah kami.. terharu ummi dengar ucapan Nana. Alhamdulillah.. syukran...itulah yg ummi nanti2kan... result trial UPSR Nana. Dengan Nana dapat A BI bermakna Nana dah dapat 5A utk trial UPSR dia.

Nana nie...utk subject BI, bila exam, pencapaian Nana selalu tak consistance. Dok main A tak pun B. Same goes to subject Science. Utk periksa ujian penilaian/ penggal, so far dia never archive 5A sb kantoi dgn 2 subject nie. Sblm nie asyik 3A 2B. Tapi sejak masuk drjh 6 nie, ada perubahan positive.. 4A1B. B tu either BI or Science. Last Friday, ummi dah tau result Science dia.. Alhamdulillah, Nana dapat A. So, BI yg masih jadi tanda tanya. So, semalam adalah hari yang begitu menggembirakan ummi sekeluarga. Anyway, Ummi tak lupa ingatkan dia supaya tingkatkan usaha if nak kekal dgn 5A dalam real UPSR. Nana dah buktikan actually dia boleh dapat 5A.


Ummi terharu sangat dengan pencapaian Nana nie bukan apa...Nana nie, apa yang ummi nampak dia bukanlah tergolong dlm kategori budak gifted pandai. Dia kena usaha kuat utk berjaya. So, kerana itulah setiap kejayaan yang dia capai menjadi satu titik indah dalam hidup ummi sekeluarga. Trial jadi ukuran sana.. dan ini bermakna if Nana terus berusaha, InsyaAllah dia boleh maintain result dia. Ya Allah, berilah anakku mampu mengulangi kejayaannya ini dalam peperiksaan UPSR yg sebenar. Amin.

Sebelum ini pun, Nana dah hadiahkan ummi dengan hadiah paling istemewa. Nana dapat 8A dalam dalam peperiksaan UPKK dia.. peperiksaan bagi pelajar sekolah KAFA satu malaysia. If Nana dapat 5A dlm UPSR, cerahlah peluang dia untuk mohon belajar ke sekolah aliran agama nanti. Apapun rezeki datang nya dari Allah, ada rezeki Nana...Alhamdulillah.

Ada citer sebalik result 8A UPKK Nana nie.. actually, bila result announced Nana cuma dapat 7A1C. Masa bagitau result tu pada ummi dan ayahnya CMP, nampak sgt dia frust sb dia target 8A. Dia wonder camner dia boleh dapat C bg subjek Feqah dengan markah 60 sj. Normally, utk sekolah KAFA nie, since last few years dia maintain 8A setiap kali exam.



Bila dapat tau Feqah yang C tu, ummi dan CMP mcm tak percaya... camner Nana boleh dpt C sb feqah basically perkara2 yg kita lakukan dan amalkan dalam hidup setiap hari. Ummi dan CMP pun tanya Nana, masa exam hari tu dia rasa boleh jawab ke tak... Jawabnya.. nana rasa Nana boleh jawab! So, ummi dan CMP ambil keputusan untuk ke sekolah jumpa guru KAFA Nana minta pandangan. Suprisingly, cikgu Nana rupanya memang menantikan kami sb cikgu pun x percaya dgn result Nana dan mereka nasihatkan kami supaya merujuk semula pada pejabat agama dan minta pejabat agama lakukan semakan semula . Rayuan semakan semula cuma boleh dibuat oleh parents.

Esoknya, ummi pergi pejabat agama di Bukit Mertajam dan ustaz di pejabat agama tu buat semakan semula paper Feqah Nana depan ummi. Ya Allah, nasib baik ummi ambil tindakan nie...result Feqah Nana sebenarnya adalah 90... type error waktu pemeriksa key in markah dalam system. Syukur Alhamdulillah.. berita nie bukan saja menggembirakan ummi dan CMP tp pihak sekolah Nana juga.

So, malamnya kami raikan berita gembira nie dgn makan2 ke restoran pilihan Nana, Swensen Autocity. Ummi sempat ler rakam memori kami malam tu..


Kak Nana pilih Swensen mainly sb nak ice cream je.. anyway, dia just order yg biasa2 jer sudahnya adik2 yang lebih!


Abg Ngah lah yg paling over... yg paling mahal dia sapu!


Bibik tak ketinggalan juga.. insan disebalik kejayaan Nana... Bibik ustazah di rumah.. tolong ajar bab bahasa Arab dan Tajwid.. dua subject yg ummi dan CMP x mampu nak ajar Nana. Terima Kasih Bibik..




Aqil ngan valcano ice cream nyer....dan mushrom soup pasti x ketinggalan.





Wajah happy seorang ibu...




CMP ayahanda... over post plak!


is enjoying the food...




Hot dik!.. tiup dulu sebelum nak ngap tu...




Habis makan ... layan night view Auticity yg begemerlapan cahaya tu..

No comments: