Tuesday, October 25, 2011

Hikmah Membaca Al-Quran

Baru-baru nie masuk dlm inbox ummi satu email berkaitan satu kisah hadis yg menarik buat umi...so, ummi paste kat blog nie utk share sama-sama dengan kalian semua semuga kita dapat manfaat bersama.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri
lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Begitulah besarnya fadhilat membaca Al-Quran. Selalunya kita nie terlalu lalai dengan kesibukan duniawi sampai Al-Quran pun boleh bilang dengan jari berapa kali kita baca dalam sebulan...tu kira dalam bulan if kira dalam hari, malulah nak cakap.. nie bukan ummi tujukan kat korang , ummi pun sama... so, sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri.. belajar untuk lebih mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta, Allah swt.

No comments: