Monday, February 1, 2010

CMC!CMC! 2009...........









Al kisah, orang yang bertanggung jawab memperkenalkan aka mengkomersilkan CMC aku adalah suamiku sendiri. Thanks ye Abang.Terlibatnye aku dalam menerima tempahan kek dari orang ramai nie bermula apabila one day hubby suruh aku bake a choc moist cake utk dibawa ke office utk majlis makan2 kat office diorang. So, aku pun buat ler CMC, pas tu aku decor simple2. Alhamdulillah, sejak tu aku mula dapat tempahan dari rakan2se office hubby juga order untuk staffs Agrobank punya bday. Alhamdulillah, rezeki.

Sejak tu lah aku terjebak membuat kek utk orang lain juga....nie sebahagian dari kek2 yg telah dibuat bagi memenuhi order sepanjang year 2009. From time to time aku cuba improve skills yg ada... so korang bolehlah tengok sebahagian daripada hasil keras tangan aku nie dari yg mula hingga ke hari nie.


Choc Moist Cake_Buttercream topping




Last weekend, terima tempahan choc moist cake dari Sue, kawan satu office nak dijadikan hadiah utk cousinnya yang nak bertunang pada hari Sabtu 30hb tu... since mak mertuanya nak kaler2, nak nampak ceria, saya pun suggest buat topping buttercream jer... so inilah hasilnya. Nie dah masuk kali ke 3 Sue buat tempahan. Terima kasih daun keladi ye Sue, nanti tempah ler lagi ye...

Thursday, January 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY LUQMAN AQIL


Aqil x tahan dugaan... kasi calit itu icing..


Hepi Besday Sayang...big kisses from ummi & ayah


Birthday cake Luqman Aqil .. hasil decor Ummi.


Piece !!!! hehehe 1 jari jer Adik...


Begitu cepat masa berlalu....tup!tup! Luqman Aqil anak ku yg paling kecil buat masa nie dah pun menginjak usia 3 tahun. 20th January....

Luqman Aqil... sekejap aku panggil adik Luqman, kekadang panggil adik Aqil, tp yg pasti dia tau 2 nama tu merujuk pada dia. So, adik tak kisah Ummi....

Luqman nie teramatlah sukakan character thomas & friends dan Chunggington... atau dengan kata lain apa2 ajer yg berhubungkait dgn train chugger lah. Jadi, utk bday dia kali nie aku nekad nak wat suprise and kasi dia excited dgn bday present dia kali nie..

Pepagi buta 19th tu, aku bangun awal baked choc moist cake utk his bday cake. Aku tempek an edible image Thomas & friends.. aku pasti dia mesti suka. Siang nyer plak, aku turun naik supermarkets kat Prai nie sampai lenguh kaki2 mencari toys Thomas & friends. Sampai tak lunch ler aku tengahari tu... and Alhamdulillah finally aku jumpa jugak...di toy R Us Sunway carnival, Sbrg Jaya.

Malamnya, sebaik jer solat Maghrib aku start deko. Takut Aqil mengacau.. aku suruh bibik umpan dia layan disney channel & main lukis2 gambar character2 T&F.. ... Rosie, Emily, Gordon, Percy, James, Peter Sam an so on... dia really enjoyed the xtvt... aku plak pulun men"decorate" kek si Aqil.

Tup! Tup!.. nak jadik citer, as soon as aku lekat jer cake sticker tu, tetiba jer si Aqil menjengoi entah dari mana, so apa lagi.. bila nampak jer Thomas dia, so excited ler dia... jenuh bibik peluk dia supaya aku sempat siapkan kek dia... tapi sudah terlambat... Alkisah, x sempat ler nak tunggu 20th, mlm tu jugaklah kitaorang celebrate b'day Aqil...

"Happy B'day Luqman..ummi sayang sangat2 kat adik Luqman. Ummi doakan agar adik Aqil sentiasa dilindungi Allah swt selalu, membesar menjadi anak yang soleh, beriman, berilmu dan beramal".

Friday, January 1, 2010

Minat baru... baking cakes & cup cakes


Cup cake - 1st trial...


Choc moist cake 1st trial...


Sponge cake with buttercream topping..1st trial

July 2009, aku mula realisasikan minat baru aku... baking. Selama nie Alhamdulillah...aku berkebolehan bake choc moist cake yang aku warisi resepi daripada kak sulung aku, Nyah.
From time to time aku modified the receipe based on reading and input from orang2 yg telah sudi share resepi diorang ngan aku utk dapatkan hasil CMC yg the best..kononnya..hehehe. Dah pandai buat kek, tak reti pulak ler nak menghias.. so, aku terfikir nak belajar decor cake le plak.
Bukan aper, at least lepas2 nie tak perlulah lagi aku beli cake utk bday2 hubby and anak2. Aku buat sendiri jer.. air tangan isteri/ibu & terjamin kesuciannya.

So, aku pun mula ler survey2 memana ada buat baking class. Alhamdulillah, after attended 1 class by RFC, aku dah adalah sket seni mendeko kek nie. Nie lah antara hasil2 terawal utk tatapan semua...hehehe.

Thursday, December 17, 2009

Generasi Pak Brahim


Pak Brahim tu saper? Itulah abah aku Ibrahim bin Ahmad. Hasil dari ikatan kasih abah dan mak, arwah Hazizah Mohd Yusof, kami 8 beradik telah dilahirkan di muka bumi nie. Dah besar panjang semuanya. Aku nie anak yg ke 4. Yang sulung abang, Mohd Nasir namanya. 2 kakak Maznah (Nyah) & Zurina (Yang). Dianugerahkan pula dengan 4 adik semuanya. Di bawah aku, Mohd Yusri (Atan)... Atan nie panggilan utk anak2 manja emak2 selalunya.....masa tu dia plg kecik masa tu.. so, dialah intan payung arwah mak time tu...... kemudian lahir pulak Mohd Norsyam. Namun, hayat Norsyam bersama kami tak lama, dia pergi meninggalkan kami 3 hari selepas dilahirkan... Al-fatihah buat Allahyarham Mohd Norsyam. Zuriah (Yah) lahir sebagai pengganti dan seterusnya Muhammad Fauzi (Ojie).

Semua sudah berkeluarga kecuali adik Yah & Ojie. Tak lama lagi adik Yah pulak bakal ke jinjang pelamin, tinggal ler Ojie yang masih membujang.
As to date Abah dah ada 20 orang cucu hasil daripada generasi pertamanya..hehehehe.
Sebelum terlupa, tahniah buat Nazirul Asyraf (Abg Ngah) atas kejayan cemerlangnya (5A) dalam UPSR 2009 bebaru nie.. Pada anak2 buah Mak Njang yg lain, Ayun, Dek Na, Azzim & Kak Nani... tingkatkan usaha, target utk cemerlang in the next exam.
Attached salasilah Abah buat masa nie.

Tuesday, December 8, 2009

Siapa di sisi IDASNA?

Aku dan suami.. pada 2 Mei 1998, aku secara rasminya sah menjadi isteri kepada bekas tunangan aku, Syaiful Nizam bin Ahmad, anaknya arwah Siti Salamah bt Md Saleh & Ahmad bin Md Zain.




Alhamdulillah, setakat ini aku dan suami dah dianugerahkan oleh Allah swt dengan 3 orang anak. 2 hero dan 1 heroin.
Diyana, Danish & Aqil



Nana & Aqil
Yang sulung, seorang puteri yg diberi nama Siti Nurfarah Diyana, lahir tanggal 31 Disember 1999. Dia tak mau tunggu millenium year...nak keluar jugak2. Apa yang aku lihat setakat nie sifatnya penyayang, manja, pandai ambil hati orang tapi pemalu orangnya... tapi dgn orang lain ler, dgn ahli keluarga...hehehehe boleh bergegar satu rumah jugak suaranya.

Yang tengah, no 2 ler tu... bermulalah generasi hero aku... Ahmad Syaiful Danish namanya aku beri. Tanggal 16 Oktober 2003 dia selamat dilahirkan. Komen ramai, muka dia sebijik tamplate muka aku... nak buat camner, nak ikut rupa sapa lagi rupa mak dia ler... kan Danish kan? Yg nie masa kecik2 punyalah sopan santun dan berbudi bahasa... maksudnya baik betul la tu. Masuk aje alam pra sekolah... ayoyo, selalu buat aku dan ayahnya pening kepala.. punyalah byk akal dia, kekadang menguji kesabaran aku jugak!
Anyway dia nie lembut hati, ringan tulang .. so, kena pandai psiko ler kalau nak dia tolong kita atau nak cool down dia......

Yang no 3, ini memang "hero". Luqman Aqil namanya, selamat dilahirkan di muka bumi nie pada tanggal 20 Januari 2007. Aku bubuh nama Aqil nie gegara aku minat sangatlah dengan Ustaz Akhhil Hayy masa tu... tp skrg aku dah pangkah Ustaz nie. Ligat, agresif apa lagi nak describe dia... memang letih gak ler nak ikut gelagat dia. Sampai kekadang pening gak kepala aku nak ikut rentak dia... tp aku salute ngan bibik aku, dia steady jer melayan sikecik aku nie. may be sb life dia byk spend ngan anak2 aku so dia dah "immune" dgn kerenah diorang. Tapi from my observation, luqman nie nampak creative, cepat belajar.. dan yg tak tahan tengok gaya dia yg ala2 control macho tu... dia nie fanatik cartoon "Thomas & friends". Sampai saat nie dah tak terkira byk nye set keretapi dah aku beli kat dia.. sb pantang nampak dia nak. CD "Thomas & friend" dah berapa puluh kali dia khatam pun aku tak terbilang. Pagi, petang, malam...setakat nie masih belum jemu.

Itulah serba sedikit pasal "permata hatiku". Aku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi dengan amanah yg diberikanNya pada aku dan suamiku ini.