Thursday, July 22, 2010

Chiang Mai - Day 2 (11 June 2010)

On 2nd day, kami dibawa ke Meesa Elephant Camp for elephant ride. 1st time dalam hidup aku naik gajah..kecut gak perut aku especially bila gajah tu bergerak2. Aku ngan hubby dapat gajah yang umur nya sebaya ngan kitaorang..hehehe 36 tahun. 30 minit naik gajah, turn naik bukit, lalu tepi sungai , ada setengah tu siap redah masuk sungai ngan gajah lagi..Seronok.. memang thrill & adventure. Masa tu rasa cam orang dedulu plak. Bukan senang nak dapat experience cam nie.. selalu yang kat zoo atau theme park, kita jalan keliling2 tu jer.. Rege nak naik gajah nie TB500 per ride.. sama dgn RM50. Tapi utk kitaorang sumer dah include dalam package. Habis ride, kami dihiburkan plak dgn elephant shows.

At main entrance Meesa Elephant Champ, Chiangmai

It's time for ride.. best wooo...gajah yang kitaorang naik nie sebaya usianyer ngan kitaorang..36 years


Smile! senyum dalam gabra...takut jatuh.


Elephant show

Elephant show.. gajah melukis. Cantik tau lukisan gajah2 nie...


Next, kami dibawa ke Long Neck Hill Tribe Village..utk visit perkampungan puak Karen. Istimewanya puak nie sb mereka nie puak yang berleher panjang.. yg boh tembaga melilit tengkuk tu... nak ke sana kami kena naik truck/tramp sb jln dia naik bukit dan cam jln kg tu ler. Pekerjaan utama puak Karen nie bertani dan hasilkan produk seni kraftangan dan sulaman. hasil kraftangan tu digantung kat rumah diorang utk jual pada pelawat. Ikut kata tour guide kitaorang, tempat nie dulu suatu masa dulu adalah tempat penanaman ganja terbesar di Thailand anyway skrg dah tak der lagi.

Sebut pasal tengkuk panjang nie, diorang nie start pakaikan besi tembaga tu kat tengkuk dan kaki anak gadis diorang bila usia masuk 5 tahun. Cubala letak tembaga nie kat tengkuk..berat tu... camner ler diorang nie boleh tahan pakai bertahun2. Bagi diorang makin panjang tengkuk, makin cantik ler kiranya gadis tu...adus seksanya aku tengok.


Naik truck/tramp utk ke Long Neck Village Mae Rim



Lalu batas2 padi huma utk ke perkampungan puak Karen. View dia memang cantik...



Kat bangsal depan sekali tu hasil2 tenunan dan sulaman sedia utk dijual. Sebagai support, belilah satu selendang.. cam pashmina tu satu buat kenang-kenangan. Tengoklah atap rumah diorang tu.. kalau kat M'sia pakai atap rumbia, diorang pakai daun pokok jati.

Posing dengan salah sorang perempuan puak karen yg berleher paling panjang kat situ.

Sessi petangnya pulak kami gi visit home industries (Sankamphaeng handicraft village). Kg nie katanya kg ex-pemimpin, Thaksin. First kami kami dibawa melawat tempat produce Thai silk & cotton. Kami disambut ngan teh herba...welcome drink. Di situ dapat ler tengok camner dari ulat tu diprocess sampai jadi kain. Ulat nie rupany diberi makan daun mulberry. Memula ingat nak beli sepasang buat kenangan tp sudahnya tak beli apa2 pun sb kain dia cam nampak keras cam jer. Rege boleh tahan mahal le jugak. So, mekasih je lah....

Pas tu kami bergerak ke tempat produce honey. Cam tadi, kami dihidangkan ngan air madu as welcome drink. Sambil dia pot pet ceramah pasal benefit2 minum madu nie, yg lelain aku tgk dah bercawan2 minum.. kesimpulan yg aku buat, mesti frust tokei kedai tu sb air madu berjug2 habis tp madu yg laku sket ajer..hehehehe

Proses tenun kain sutera.

Outside Robinson Shopping Complex. Orang Thai nie respect tul kat maharaja diorang & gajah. Mana2 pergi mesti ada gambar & patung gajah nie..

Selesai visit home industries utk ari tu, kami gerak ke Robinson shopping complex plak... kat sini macam shopping complex kat M'sa ler.. jual barang2 yang ada brand, sales! & shop lots. Orang lain sakan shopping, aku ngan hubby sibuk gi area food court cari kot ada menu2 Thai islam yg boleh cuba. Anyway, hanya durian Thai , fuit juice& pulut mangga jer yg aku confident utk makan kat sana...
Durian Thai memang puas hati .. isi tebal, lemak berkrim lagi..hehehe.

Around 7.30pm, waktu M'sia 8.30 pm cam tu...kitaorang gerak ke restoran Muslim utk dinner, then balik hotel. Tp aku ngan hubby tak habis lagi aktiviti, continue shopping kat night market depan hotel. Around 10.30pm, badan pun dah letih.. kami sempat lagi pegi buat massage.. aku buat full body massage TB350..bukan oil massage ye! sementara menunggu, hubby plak buat foot massage..TB200 utk 45 minutes. 12.00 mlm balik hotel..zzzzzzzzzzzzzzzz. tamat agenda utk hari tu..






























































Chiang Mai - Day 1 (10 June 2010)

Utk tahun nie.. ada 2 destinasi pilihan utk Malakoff Staff Outing 2010, Chiang Mai, Thailand & Club Med Cherating, Pahang. Aku pilih Chiang Mai dan ambil pakej 4 hari 3 mlm sebab buat pertama kalinyer.. aku & hubby akan pergi bercuti tanpa anak2.

Kalau ikut itinerary, 10 June 2010.. 5.00 am kami dah kena assemble kat LCCT, tapi aku ngan hubby sampai jam 5.30am. Azar & Yah tolong hantar. Ingat dah lambat rupanya ramai yg tak sampai lagi.. Jam 7 pg dengan flight AK762, kami fly ke Chiang Mai. Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam 40 minit. Bosan gak ler dok dlm flight tu sampai tertidor ler aku.

View kawasan sekitar airport Chiang Mai

Sampai jer, kami disambut ngan awek2 yg siap berpakaian tradisional Thai.. dapat ler kalung bunga melor sorang satu...pastu kami terus bergerak pusing2 Chiangmai old town. Tour guide kami ada 2 orang.. rep from travel agent Msia namanya Nazarudin dan tour guide Thai, namanya Kevin. Yang menarik pasal Kevin nie, dia nie ex-monk. Menarik gak ler dengar kisah hidup dia masa kecik as a monk. Next kami dibawa ke Royal Flora Garden, taman bunga yang punyala besar.. taman nie difahamkan sebagai tribute kepada raja diorang, King Bhumibol Adulyadej. Dlm tmn nie ada replika rumah2 dari serata dunia.. diorang cuba gambarkan suasana taman2 di negara2 nie.. antaranya Jepun, China, Bangladesh, Amerika , Afrika dll. Malaysia pun ada.. rumah kita rumah tradisional melayu ler..overall tak silap aku ada 16 taman negara ASEAN, 9 African dan 6 European.

kat main enterance Royal Flora Garden.. semue pakat sibuk posing!

Boleh bawak balik tak nie.. nak kasi kat souvenir kat anak2?

View dari entrance taman

Nak jalan kaki pusing satu tmn tu mahu tercabut kaki2 dibuatnya. So, utk melawat sekitar taman, pelawat disediakan shuttle train, colurful lagi.. shuttle train akan stop kat mana2 destinasi yg kita nak singgah, otherwise...stay jer dlm train tu sampai patah balik ke main entrance.


Ditengah2 taman, di bina replika besar istana Maharaja Thailand.. tu yang jadi background gambar kitaorang nie... dikelilingi tasek dan taman2 bunga dengan dekorasi yg cantik banget!


Dah letih berjalan2, apa lagi.. lapar ler..so singgah lunch kat Restoran Jen Pao.


Food not bad.. yg istimewa kat sini, tu yang tengah2 tu.. white tomyam dia. Then, sayur-sayur dia...segar bugar, nampak fresh sangat... I like!




On the way balik hotel, kami singgah gerai tepi jalan yang mana kat situ byk jual buah laici. Time kami pegi adalah musin buah laici di Chiang mai. Sambak yang TB250 sekilo memang manis! Around pukul 2.30 pm kami sampai kat hotel..kami stay di Hotel Sriwongse. Sampai kat hotel..telan panadol Actifast 2 biji, dua2 bungkang dulu.. sebab sakit kepala yang amat sangat.. may be sebab tak tahan panas dan tak cukup tidur. Cuaca kat sini pada masa tu around 38-39 deg. Petangnya bila rasa dah ok sket gi jenjalan kat night market depan hotel.






Kat Pavilion night bazar tepi hotel
Sebelah malamnya, kami dibawa ke Khantoke Old Chiangmai Cultural Centre...it's time for dinner. Nak masuk ke restoran tu kena tanggal kasut... dan semua orang akan makan bersila. Sambil makan kami dihiburkan dengan Thai cultural shows. kat sini menu dia kureng sket. Tapi makan jer ler dah lapar..Around 9.30 mlm, berangkat balik. Sebelum tu ada persembahan bunga api specially dedicated to our group.


Kat front area Khantoke Old Chiangmai Cultural Centre


Sempat lagi... cheese!!!

Sementara makanan nak sampai kita posing dulu...


Around 1o mlm, as soon as sampai hotel sambung gi shopping kat night market sepanjang kaki lima jalan depan hotel. Beli ler t-shirts & souvenir2 yang patut utk anak2 and kaum keluarga di Malaysia. Kat Chiang Mai nie , kain t-shirts dia ada kualiti, so sesuai ler nak beli. Pas tu sempat jugak merasa roti canai pisang madu & fresh orange juice dia.. so sweet..pure x yah tambah gule ker apa. Dah penat shopping dan cuci2 mata, kaki pun dah surrender... balik hotel, zzzzzzzzz.
Bilik hotel yang spacious & selesa...

Saturday, May 8, 2010

Wedding Anniversary - yang ke 12

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun ke 12 usia perkahwinan aku dengan CMP. Ku panjatkan syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana perkahwinanku masih terus bertahan hingga ke hari ini, Alhamdulillah. Ya Allah, eratkanlah kasih sayang kami suami isteri dan ku mohon dari Mu agar ianya kekal hingga ke akhir hayat kami. Amin...

02/05/2010 (Sabtu)

CMP dan anak-anak, Diyana & Danish masih di kampung.. Sg Batu. Petangnya baru diorang akan sampai balik ke rumah di Penang. So, untuk sambut weeding anniversary aku & CMP utk tahun nie.. aku decide nak masak makan2 anak beranak je.. tak payah celebrate di luar seperti selalu. Inilah suprise yang bakal menanti CMP sebagai hadiah anniversary petang nie...So, pagi2 lagi aku, bibik dan Aqil pergi Tesco Seberang Jaya... cari bahan2 utk masak... aku nak masak spagethi seafood! Since, x sempat nak buat kek.. aku beli jer choc cake kat bakery. Dah beli semua bahan.. lunch siap2 kat food court. So, balik nanti tak payah pikir nak masak tengahari lagi... boleh terus start masak dishes utk petang nanti. On the way balik, ternampak orang jual putu mayam dan putu piring.. favourite anak & suami aku tu.. so, singgah pulak..beli selalu, boleh jadi menu tambahan.

So, by 6.00 pm semua siap terhidang atas meja. Sambil tunggu CMP & anak2 .. layan sinetron dulu. Lebih kurang pukul 7.10pm baru diorang sampai. Sampai jer rumah... CMP terharu ada suprise rupanya. So, tanpa melengahkan masa... sessi potong kek dan menjamu selera pun dimulakan....A big hug and kisses to each of us.

1,2,3 tiupppp!!!!!

"Adik tolong potong kek Ummi & Ayah boleh..."

Yummy!Yummy! - Aqil

Thumb up dari CMP utk masakan isterinya...



Rupa-rupanya CMP pun ada suprise utk aku...a bouquet of flowers untuk hadiah anniversary. Thanks my dear...I Love U so much!

Thursday, April 15, 2010

Tahniah!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum....
15 April 2010 - Petang tadi received call dari Adik Yah...What's so suprise!!! Mak Tam was preggie...hehehe. Excellent! patut ler last two days ... once call mak tam dok tak sihat jer... rupanya ader makner yg tersembunyi. Congratulations to both of you...

So, buat adikku Yah, may you have a healthy pregnancy, labour and of course your most important blessing, your child! Take extra care of yourself. Buat Pak tam Azar, jaga Mak Tam adindaku baik2 ye...see u this thursday 22nd April... I will be in KL, InsyaAllah.

Thursday, March 18, 2010

Selamat Pengantin Baru... Mak Tam Zuriah & Pak Tam Azar

Kenangan bersama pengantin di hari bahagia.
Dari kiri : Mak teh Ila, Mak tam & Mak njang Ida (sihat nyer aku...heheh).
Senyuman bahagia raja sehari .. majlis di rumah pihak lelaki

Malam kenduri ... sessi potong kek & gathering adik beradik
mak tam with evening gown, pak tam segak dengan coat & bow tie nyer

Anak2 buah pun nak gambar kenangan juga!

Banner sponsored by Snaida & family..hehehehe

13 March 2010 bersamaan 27 Rabiulawal 1431H - hari bersejarah buat adikku Zuriah aka Mak Tam Yah. Berakhir sudah zaman solo Mak Tam. Sekarang Mak Tam dah tak sunyi lagi sebab dah ada Pak Tam Azar yg akan sentiasa menemani. So, hopefully lepas nie tak der dah terima panggilaan mak tam nangis2 mengadu sunyi and boring duduk sorang2. Doa kami sekeluarga moga Mak Tam & Pak Tam akan hidup berbahagia selalu hingga akhir hayat. Moga cepat dikurniakan zuriat buat memeriahkan dan menceriakan lagi hidup kalian berdua. Masa tu baru mak tam tau..... sb baru ada macam2 ragam.
Pas nie bila gi KL tak le kitaorang kena masak sendiri lagi ye, if mak tam tak leh masak, pak tam kenalah sediakan hehehehe. Boleh ler kitaorang demand2 special menu setiap kali turun Seri Kembangan... itulah untungnya dapat adik ipar CHEF. Tapi lawak ler pulak sb Mak tam seorang POLIS..... terbalik job tu...hehehe. Itulah jodoh namanya.
Bak kata pepatah "Ikan dilaut, asam di darat dalam kuali bertemu juga". Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga.

Monday, February 1, 2010

CMC!CMC! 2009...........









Al kisah, orang yang bertanggung jawab memperkenalkan aka mengkomersilkan CMC aku adalah suamiku sendiri. Thanks ye Abang.Terlibatnye aku dalam menerima tempahan kek dari orang ramai nie bermula apabila one day hubby suruh aku bake a choc moist cake utk dibawa ke office utk majlis makan2 kat office diorang. So, aku pun buat ler CMC, pas tu aku decor simple2. Alhamdulillah, sejak tu aku mula dapat tempahan dari rakan2se office hubby juga order untuk staffs Agrobank punya bday. Alhamdulillah, rezeki.

Sejak tu lah aku terjebak membuat kek utk orang lain juga....nie sebahagian dari kek2 yg telah dibuat bagi memenuhi order sepanjang year 2009. From time to time aku cuba improve skills yg ada... so korang bolehlah tengok sebahagian daripada hasil keras tangan aku nie dari yg mula hingga ke hari nie.


Choc Moist Cake_Buttercream topping




Last weekend, terima tempahan choc moist cake dari Sue, kawan satu office nak dijadikan hadiah utk cousinnya yang nak bertunang pada hari Sabtu 30hb tu... since mak mertuanya nak kaler2, nak nampak ceria, saya pun suggest buat topping buttercream jer... so inilah hasilnya. Nie dah masuk kali ke 3 Sue buat tempahan. Terima kasih daun keladi ye Sue, nanti tempah ler lagi ye...