Thursday, July 22, 2010

Chiang Mai - Day 1 (10 June 2010)

Utk tahun nie.. ada 2 destinasi pilihan utk Malakoff Staff Outing 2010, Chiang Mai, Thailand & Club Med Cherating, Pahang. Aku pilih Chiang Mai dan ambil pakej 4 hari 3 mlm sebab buat pertama kalinyer.. aku & hubby akan pergi bercuti tanpa anak2.

Kalau ikut itinerary, 10 June 2010.. 5.00 am kami dah kena assemble kat LCCT, tapi aku ngan hubby sampai jam 5.30am. Azar & Yah tolong hantar. Ingat dah lambat rupanya ramai yg tak sampai lagi.. Jam 7 pg dengan flight AK762, kami fly ke Chiang Mai. Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam 40 minit. Bosan gak ler dok dlm flight tu sampai tertidor ler aku.

View kawasan sekitar airport Chiang Mai

Sampai jer, kami disambut ngan awek2 yg siap berpakaian tradisional Thai.. dapat ler kalung bunga melor sorang satu...pastu kami terus bergerak pusing2 Chiangmai old town. Tour guide kami ada 2 orang.. rep from travel agent Msia namanya Nazarudin dan tour guide Thai, namanya Kevin. Yang menarik pasal Kevin nie, dia nie ex-monk. Menarik gak ler dengar kisah hidup dia masa kecik as a monk. Next kami dibawa ke Royal Flora Garden, taman bunga yang punyala besar.. taman nie difahamkan sebagai tribute kepada raja diorang, King Bhumibol Adulyadej. Dlm tmn nie ada replika rumah2 dari serata dunia.. diorang cuba gambarkan suasana taman2 di negara2 nie.. antaranya Jepun, China, Bangladesh, Amerika , Afrika dll. Malaysia pun ada.. rumah kita rumah tradisional melayu ler..overall tak silap aku ada 16 taman negara ASEAN, 9 African dan 6 European.

kat main enterance Royal Flora Garden.. semue pakat sibuk posing!

Boleh bawak balik tak nie.. nak kasi kat souvenir kat anak2?

View dari entrance taman

Nak jalan kaki pusing satu tmn tu mahu tercabut kaki2 dibuatnya. So, utk melawat sekitar taman, pelawat disediakan shuttle train, colurful lagi.. shuttle train akan stop kat mana2 destinasi yg kita nak singgah, otherwise...stay jer dlm train tu sampai patah balik ke main entrance.


Ditengah2 taman, di bina replika besar istana Maharaja Thailand.. tu yang jadi background gambar kitaorang nie... dikelilingi tasek dan taman2 bunga dengan dekorasi yg cantik banget!


Dah letih berjalan2, apa lagi.. lapar ler..so singgah lunch kat Restoran Jen Pao.


Food not bad.. yg istimewa kat sini, tu yang tengah2 tu.. white tomyam dia. Then, sayur-sayur dia...segar bugar, nampak fresh sangat... I like!




On the way balik hotel, kami singgah gerai tepi jalan yang mana kat situ byk jual buah laici. Time kami pegi adalah musin buah laici di Chiang mai. Sambak yang TB250 sekilo memang manis! Around pukul 2.30 pm kami sampai kat hotel..kami stay di Hotel Sriwongse. Sampai kat hotel..telan panadol Actifast 2 biji, dua2 bungkang dulu.. sebab sakit kepala yang amat sangat.. may be sebab tak tahan panas dan tak cukup tidur. Cuaca kat sini pada masa tu around 38-39 deg. Petangnya bila rasa dah ok sket gi jenjalan kat night market depan hotel.






Kat Pavilion night bazar tepi hotel
Sebelah malamnya, kami dibawa ke Khantoke Old Chiangmai Cultural Centre...it's time for dinner. Nak masuk ke restoran tu kena tanggal kasut... dan semua orang akan makan bersila. Sambil makan kami dihiburkan dengan Thai cultural shows. kat sini menu dia kureng sket. Tapi makan jer ler dah lapar..Around 9.30 mlm, berangkat balik. Sebelum tu ada persembahan bunga api specially dedicated to our group.


Kat front area Khantoke Old Chiangmai Cultural Centre


Sempat lagi... cheese!!!

Sementara makanan nak sampai kita posing dulu...


Around 1o mlm, as soon as sampai hotel sambung gi shopping kat night market sepanjang kaki lima jalan depan hotel. Beli ler t-shirts & souvenir2 yang patut utk anak2 and kaum keluarga di Malaysia. Kat Chiang Mai nie , kain t-shirts dia ada kualiti, so sesuai ler nak beli. Pas tu sempat jugak merasa roti canai pisang madu & fresh orange juice dia.. so sweet..pure x yah tambah gule ker apa. Dah penat shopping dan cuci2 mata, kaki pun dah surrender... balik hotel, zzzzzzzzz.
Bilik hotel yang spacious & selesa...

No comments: