Monday, October 1, 2012

Visit Seoul, Korea - Part 1

 Salam Semua.... Nie ummi nak tebus hutang. Berkurun Ummi nak siapkan satu2 posting nie. Ummi x der masa betul.. nie pun terpaksa post part by part. X leh nak habis semua. Alkisahnya, ummi sekeluarga ke Korea waktu cuti school mid term yang lepas. Kami bertolak pada 02/06/2012 flight 11.30 mlm via Korean Air. Perjalanan ambil masa 6 jam. jenuh gak ler dok dlam flight tu. Masa kami pergi tu tgh time transition dari Spring season nak ke Summer. Anyway, x panas ler sgt. Still rasa cool. So, ok ler..If dapat gi time Spring dapat ler melihat bunga Sakura... nie nak tunggu time cuti sekolah, terpaksalah gi time summer.

Nie dia duit Korean Won yg dah siap ditukar. Masa ummi tukar tu currency nye RM2.90 kita, 1000 korea won. So, kira masa tu bawak gi Korea berjuta2 ler wak!
Jumaat malam tu kami bertolak ke KLIA naik ERL transit kat Putrajaya. Thanks to Adik yah & Azar sb tolong jadi transporter kami malam tu. Kami semua kena assemble kat airport at Level 5, Counter H – Korean Air , KLIA at 8.30pm. So, jenuh jugak ler melepak kat KLIA nak tunggu depart ke  Seoul. Our travel agent is SRI AMERICA TRAVEL CORPORATION SDN. BHD.




Flight Details
2 June 2012 KE 672 KUL/ICN 2315/0655+1
7 June 2012 KE 671 ICN/KUL 1630/2155

Flying Time : 6 Hours 40 Minutes
Seats flight Korean Air sama jer yang cam dlm local flight MAS/Air Asia ... so, memang x leh ler nak selesa tidor. 6 jam 40 minit perjalanan.. lenguh gak ler tengkuk nie tidor terteleng.  By  07.00am waktu Korea, kami tiba di Incheon Airport Seoul. Sejuk!!!!



Sebaik jer sampai pagi tu kami terus jer continue journey.. dengan x mandi nyer, hangit2 tu ler kami dibawa dengan bas ke Woongjin Play Doci yang terletak di bandar Gyeonggi-do. Woongjin Play Doci nie is Korea’s first and the world’s twelfth indoor ski resort (Included snow sledding). Dalam nie jugak ada water theme park, drive range and shops lots. Anyway kami masuk Ski Dome jer.


Nak masuk Ski Dome kena ler pakai baju tebal yg disediakan.


Ski Dome nie lebih kurang cam kat Snow world kat Genting Highland tu ler. x silap suhu dia -3 deg C. X banyak xtvt/game pun yg boleh buat kat sini. Mostly org korea yg masuk sini diorang main ski. Polish skill prepare utk winter season nanti kot :)

Habis main salji, sejukkkkk... mula lapar ler.... makanya mula bukak bekal. Luqman dan adik kesayangannya..beloved Qashrina. Orang teringin adik camnie ler.
Tengahari tu kami lunch kat Rexfiled Dining... western food tp ada nasi!
Lunch meal ~fish & chip, fries, spagethi n nasi.

Selesai makan kami ronda2 sekitar mall level tu... ada magic mirror, 3D wall painting... menarik gak!

 

Selesai makan, solat zohor kami bergerak pulak ke Gyeongbokgung @ Gyeongbok Palace, istana diraja di zaman Joseon Dynasty (1392-1910). Istana nie memang cukup besar. Letih jugak nak berjalan...dalam tu banyak istana2 kecil ...yang mana dah terlepas utk dilawat tu kira halal jer la sb dah x larat nak patah balik..:). Senibina dia memang menakjubkan. meh kita tengok apa yg ada kat dalam benteng pagar istana nie....layannn!!!!

Al kisah, bangunan di belakang tu adalah tempat raja dan pembesar2 dia bersukaria bersama gundik2 nyer.. ibarat cam kelab malam diraja ler..boleh kata gitu ker? camtulah!

Luqman x berenggang dengan adiknya. X pasal Jaz & Na dapat instant anak, abang buat Qashrina.

Luqman bersama mama & papa angkatnyer..

Fyi, tiang2 merah tu dah berusia lebih 600 thn. Tulah quality kayu binaan zaman dulu-dulu nie. No wonder structure dia masih kukuh sampai sekarang.


Nie serba sedikit fakta pasal Gyeongbokgung @ Gyeongbok Palace. Ianya dibina pada tahun 1394 dan kemudiannya dibina semula pada tahun 1867 dan merupakan istana utama dan terbesar antara Five Grand Place. Nama istana Gyeongbokgung dalam bahasa inggeris boleh diterjemah sebagai “Istana Kegembiraan”.
Istana ini juga hampir dimusnahkan oleh kerajaan jepun awal abad ke 20, dan kemudiannya dibina semula secara perlahan-lahan mengikut bentuk asal istana tersebut.
Letih!!!! layan show jap..show tarian naga kalau x silap.. lupa dah ummi pun!

Lawatan petang tu x habis di situ ajer... Next kami dibawa pula melawat Blue House/ Sarangchae Presidential Museum yang fungsinya sama seperti White House di US. Anyway, time tu anak ummi si Luqman dah x larat jalan. If ummi nak pergi jugak, ummi kena dukung dia.. adoi makkkkk!!!!!so, ummi surrender! Tinggallah ummi bersama ibu2 dan ayah2 yang beranak kecik nie di bus.Sumer dah surrender x larat nak mendukung anak masing2. So, just Ayah CMP, Nana and Danish follow the group. Blue House ni bagi informasi kepada visitors tentang footsteps of presidents of Korea.



 After dah penat sehari suntuk berjalan, journey kami hari tu ended dengan makan malam di Evergreen restaurant, Itaewon.

Restoran masakan Pakistan.

Food kat sini Ummi suka.. anyway, food korea nie tawar2 ler..

Perut dah kenyang, badan dah letih, hari dah malam... so, apa lagi... time for hotel check in ler. Sepanjang di Seoul kami stay di:
 Lone Star Hotel, 14-1, Chang-dong, Dobong-gu, Seoul,  Korea. Tel :  +82 (2) 992 6969.
Nah kau siap detail contact lagi. Letih punya pasal x daya dah ummi nak snap gambar bilik... anyway, bilik memang spacious. Recommended utk yg anak ramai cam ummi nie sb semua boleh longgok satu bilik. Anyway jauh sket dr bandar Seoul which is about 45 minutes traveling. So, apa lagi..ZZZZZZZZZZZZZZZ.

P/S: Wait for next episod ye!

Wednesday, September 26, 2012

Duit Raya Danish

Assalamualaikum semua... I'm back!

Hari nie 10 Zulkaedah 1433 makne nyer dah 10 hari Syawal berlalu. Apa kabar semua? Ummi doakan agar semua pembaca blog Ummi sentiasa dikurniakan Allah swt kesihatan dan kesejahteraan bahkan kebahagiaan selalu di dunia dan juga diakhirat kelak. Posting kali Ummi nak story pasal anak bujang Ummi, Danish aka Abg Ngah. 

Ekceli cenggini. Pada Syawal yang lepas, Ummi cukup ler hairan apesal ler anak bujang Ummi si Danish nie punya ler rajin gi beraya. Balik rumah kira $$$$$. Lepas satu rumah satu rumah dia pegi, x ikut ummi ikut Pak Long dia x pun Mak Yang dia. Yang pasti, keje nak berjalan raya jer dia. Yang Ummi dah Ayahanda CMP plak, start petang raya sampai raya ke-4 dah stuck kat rumah sb non-stop tetamu. yang datang beraya, yang tidor di rumah.  Tu yang anak-anak dah entah kemana...follow pak-pak dan mak-mak menakan diorang sb nak jalan raya punya pasal. Terima kasihlah kekanda2 Ummi yang dah sudi bawak anak2 Ummi ke hulu ke hilir ikut korang, kalau tak x beraya ler diorang.

Back to kisah Danish, balik Penang, sibuk dia ajak gi kedai basikal...so, tau le ummi dia nak basikal baru .  Ingatkan dia nak basikal yg ada gear ke rupanya2 nyer inilah sasaran dia yang dok pulun sgt tu kumpul duit raya tu... kawan dah aim .......BASIKAL FIXIE rupanyer..

Abg Ngah dan basikal barunya. Bila tanya basikal BMX lama nak wat apa, dia jawab" Ummi sedekah jer le kat sape-sape". Senang jer dia jawab!


 3rd Sept 2012, bermulah episod Abg Ngah berbasikal ke sekolah. No more Van Sekolah!


Ayah CMP x confident Abg Ngah naik basikal sb selalunyer dia aci main serbu jer, so for the first week, Ayah CMP still follow belakang to ensure dia ride safely ke sekolah. Sayang Ayah kat Abg Ngah ye?

If tanya Ummi, ummi tengok x der apa yg special sgt pun beskal nie... melainkan kalernyer yg striking gitew. Tp Abg Ngah cakap basikal nie kayuh sket dah laju. Ye ke? Apa-apa jer la nak ooiii!

Friday, June 29, 2012

Slot Akasia TV3 - Dejavu di Kinabalu





Salam semua,

Nie saja nak share ngan korang pasal slot Akasia TV3 - Dejavu di Kinabalu. Ummi skrg nie tgh dok gila melayan siri drama nie. Masa memula tengok tajuk tu, sikit tak teringin nak tonton. Tapi bila baca sinopsis citer ... menarik! tengok plak barisan pelakon, uish! dasyat. mantop-mantop gitew! So, ummi pun cubalah tengok sekali... oh! I like... udahnya jadi follower ler plak.. ngeh3X. Ternyata memang best! Skrg ni, if x der apa2 hal penting, tepat jam 7.00pm ummi dah terconggok depan TV. Masa nie, apa jer kerja nak buat semua bawak depan TV, potong bawang, potong sayur utk masak dinner, lipat kain sumer bikin kat ruang tamu...hahahah...teruk betul ummi kan... ye la kan, dah lama x layan story2 dlm TV nie sb dedulu anak kecik2, skrg anak dah besar2, dah x conquer TV...So, nie lah baru nak ummi ada chance sket layan2 drama TV nie.

Kiranya citer Dejavu di Kinabalu nie dah buat ummi kembali melayan siaran TV ler.. So, nie ummi nak ajak korang sesama layan blues jiwang ni.. Jom kita tengok si Aqasha yang macho & selamba, si Tiz Zaqyah yang cute dengan lakonannyer yg so natural, Si Nazim yang soooo loving... Ummi gerentilah korang pun mesti suka punya ler. Slot nie waktunya every isnin ~ khamis, every 7.00pm to 8.00pm. Bila dah tonton tu jgn sampai melewat2kan solat Maghrib ye..

Jalan citernyer lebih kurang camnielah...

 

Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.

Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.

Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira.

Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.

Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli?
~ sinopsis ciplak dr cthoney.blogspot.com.
Nak tau kisah lanjut, jom kita tonton sesama....

Selain Tiz dan Aqasha, Dejavu Di Kinabalu turut menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.















Thursday, June 21, 2012

Gerai Nasi Campur @ Food Court Tesco.....Grrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!


Salam. Alkisah, ini entry lama juga baru nak posting. Ada sebab kenapa Ummi nak publish jugak.. jom follow the story, nanti tau ler kenapa.

Peristiwa nie berlaku pada Oktober 2011 yg lalu, waktu lunch. Lokasi di Tesco Extra Seberang Jaya.
Oleh kerana dah lapar tahap gaban, lunch hari tu ummi decided nak pekena nasi campur.. maklumlah orang Melayu, camner gaya pun nak nasi jugak. Boleh kembung perut  if ummi x jumpa nasi dalam sehari tau. Pure melayu ler kiranyer nie..Tu pasallah Allah tak izinkan ummi sambung study obersea, suh dok local unibersiti jer...hehehe.

Makanya, teruslah ummi cari gerai nasik campur.Walau camner pun masih sempat pilih menu, tempat2 camnie silap pilih menu jawabnya kena "potong kepala" kata orang! Ummi dengan bangganya rasa ok dah menu yg ummi ambil tu... sure rege nyer berpatutan. Sayur kobis masak air + suhun, ikan kembung masak sambal + ikan bilis kacang. Ulalala.....

Sekali tengok bil...Nah kau! RM9.50.. jimat sungguh! Amik kau... kalah rege nasik kandaq. Apala punya mahal! Sabau jer ler ...   Ummi tanya ler cik cashier tu, "betul ke adik kira nie dik?" . Bukan ler ummi x boleh bayar cuma, takut jer tersilap kira sb x pernah lagi ummi makan nasik campur kena sampai RM9.50. Yang sakit hati, dengan muka juah selambanya, cik adik tu jawab "ye lah!" . Ok!  dalam hati tuhan jer ler yang tahu... Hati kecil ummi mengomel  sendiri " kalau camnie ler rege makanan korang, x lama la biznez korang" . Tersumpah ler plak ummi. Buat untung sakan diorang sb kedai diorang ler satu2nya kedai nasik campur kat food court tu kot. Masa tu dek kerana geram benor, umi snap ler segala gambor2 nie, kedai, makanan dan bill. Niat di hati nak post tepek masuk internet... jahat ler niat masa tu kan, geram sgt ler konon. Anyway, niat yg x baik Allah x restu kot.. Allah bg ummi kesibukan yang melampau smpai x sempat nak layan dunia maya nie... Company plak dah blocked access for fb & blog...so, tersimpan diam jer le entry tu tanpa cerita. Nie baru sempat nak posting.... anyway, huk!huk!huk! on last May 2012, ummi ke Tesco lagi...atas permintaan anak2 nak lunch kat luar tghari tu. Alkisahnya, kedai nasi campur tu dah x der!... Apa sudah jadi? Lu pikirlah sendiri.....

MSC 2012 aka LTSA



Hi, Assalamualaikum...
On last 08th June 2012, there was a Malakoff Sport Carnival 2012 which was held at USM, Penang. Event nie berlangsung selama 2 hari. Untuk tahun nie, Prai Power Plant jadi tuan rumah. So, seluruh warga Malakoff telah berkampung kat Penang Island untuk pelbagai acara sukan. If tahun2 sebelum nie, ummi dan ayahanda CMP x pernah missed participate tp kali nie Ayahanda CMP je yang main, tu pun untuk acara Futsal je atas permintaan dan desakan kengkawan. Selalunya Ummi akan mewakili PPP utk acara netball/futsal, bowling dan badminton. Ayahanda CMP pulak main bolasepak, futsal, bola tampar, badminton dan bowling. Untuk thn nie Ummi x involve apa2 acara langsung. Mandom habis! Ummi kasi chance buat golongan muda mudi Prai plak untuk tonjolkan bakat dan kebolehan yang ada.

Actually, the main reason ummi & ayahanda CMP x involved kali  nie is sb during the time kami just returned back from Korea trip. So, forsure kami letih tahap gaban, camner nak bersukan.. kalau main juga, sure cam hampeh jer performance. So, better don't!

For MSC 2012 nie, the winner was saper lagi if bukan our HQ group. Congratulation to u all! PPP cam biasa memang susah nak win sb kami paling sikit staffs so, byk games x cukup players and kena walk over kasi menang free to others. Anyway, congratulation to PPP football team sb dah berjaya merebut kembali kejuaraan! Bravo!

On the 2nd day, 09 June 2012 - there was an annual dinner at Berjaya Penang Hotel, Georgetown. Ummi sekeluarga hanya sempat joint dinner nie jer. Itu pun kalau ikutkan hati, memang x moh pergi sebab x sempat qada letih lagi, kain baju berbondon2 nak kena dobi + lipat. Rumah dah penuh ngan luggages.. dah macam tongkang pecah. Tapi disebabkan ummi dah listed utk terima LTSA (long term service award)..  besides, kak Nana juga listed sebagai penerima reward for UPSR 5A, ummi gagahi jugalah!  Tp sebab yg lebih utama, sb nie ler peluang ummi nak jumpa rakan-rakan dan para spouses.. kawan lama ummi yg dah lama ummi x jumpa! So, ummi jadi excited ler nak joint dinner malam tu..

So, let the photos tell further k...

Ummi anak beranak ditempatkan di table 18. Penerima LTSA, (10 years & 15 years in service) ditempatkan di table2 barisan hadapan... so, even malam tu ummi sampai lambat sket, dapat jugak ler ummi dok depan... 


Inilah kesempatan yang amat ummi hargai.. berkumpul balik geng2 lama LPP...semua dah kembang2 semangkuk, ahaks! from left to right: Awin mak buyung (HQ), Ina my kembar (LPP).. pandai cover line!, Liza (HQ), Kiah (LPP) and myself..bersama sebahagian anak2 masing2. Tu pun masih x cukup korum...

 
Ina, Liza & Kiah
Ina & Family
My table mate... Afai & family and si bujang terlajak.. Lee YJ. Jgn mare ye Lee!
My big bosses. From left: En Nordin, our SVP, next barisan PPP ex Plant Manager - En Rahman (we missed u a lot boss!), En Halim and my current PM, Hj Anuar. Enjoy the show nampak!

Ayahanda CMP with our beloved anak angkat... baby Qashrina. We missed u a lots bb especially abg Luqman.

Ummi; Luqman &bb Qashrina
Ummi is receiving the LTSA from our CEO, En Zainal Abidin Jalil... hmmmmm, as at feb 2012, diam tak diam dah 11 tahun ummi served Malakoff ye. Hip hop x my CEO? Theme for the night is Hi Hop. What's so sporting our CEO kan?

Barisan penerima LTSA 10 years in service
Here we are....Keon, ummi & Liza
Kak Nana pun tak ketinggalan dapat reward untuk kejayaan dia dalam UPSR 2011 yang lepas. RM500 untuk anak2 Malakoff yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR, and 9A dalam SPM. Proud with my frenz, Halim Sapian & Kak Ros sebab 2 anaknya mencatatkan kejayaan cemerlang... 8A dalam PMR, and 9A dalam SPM. Nak kena ambik tip camner nak didik anak bg pandai camtu...
Parent pun nak kena naik stage.. so, ummi tumpang sekaki ler bergambar... Smile!

Celikkanlah Mata Hatimu.....

Marilah kita renungkan bersama..........

Mata Hati
Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid

 
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia 

Wednesday, June 20, 2012

12 Aurat Wanita

Salam semua. Maaf ler ye dah lama benor ummi x update blog. Ummi nie cakap dah x serupa bikin...Ummi ingat dah masuk streamyx kat rumah nie boleh ler lebih kerap buat entry..padahal, x jugak. Sejak bibik dah balik nie, jadual harian ummi padat giler. Start dari bangun solat subuh sampai ler ke tengah malam, ada jer yg nak dikerjakan. Kalau dulu, ada bibik, ada ler jugak masa senggang... balik dah x payah pk pasal nak basuh/lipat/iron kain baju, x payah pk nak basuh/simpan pinggan, nak sapu/kemas rumah. Sumer dah siap, nak buat pun masak jer. Pas tu layan anak2 ngaji x pun buat kerja sekolah. Sekarang, balik kerja lepak buang penat jap terus dah kena senteng lengan...very the letih dibuatnya. Anyway, buat jugalah, saper lagi yang nak buat kalau tak sendiri bikin...


Actually banyak peristiwa suka duka yg ummi nak share ngan korang tapi  x der kesempatan nak menaip entry lagi, x per lah pelan2 ler ummi buat. Permintaan untuk kasi tepek gambar rumah baru ummi pun x sempat ummi buat lagi.. maaf ye ummi x dapat nak posting dalam fb sb ummi rasa x sesuai ler kot...entry pasal percutian ummi ke Seoul, Korea...byk ler yang ummi hutang utang posting lagi.... harap kengkawan bersabar ye. Suatu hari nanti mesti ummi buat cuma cepat atau lambat jer..Bak kata orang..slow and steady, korang follow jer lah ye.


Oklah, nie ummi nak share one good info. Sharing is caring kan? So, sama-samalah kita renungkan dan ambil pengajaran daripadanya.

DUA BELAS AURAT WANITA:
Sumber : Rintihan pemikir


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...jadi hantu loceng.


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. Semoga kita semua baik lelaki atau perempuan, terpelihara daripada apa yang dikatakan fitnah wanita akhir zaman.