Monday, October 1, 2012

Visit Seoul, Korea - Part 1

 Salam Semua.... Nie ummi nak tebus hutang. Berkurun Ummi nak siapkan satu2 posting nie. Ummi x der masa betul.. nie pun terpaksa post part by part. X leh nak habis semua. Alkisahnya, ummi sekeluarga ke Korea waktu cuti school mid term yang lepas. Kami bertolak pada 02/06/2012 flight 11.30 mlm via Korean Air. Perjalanan ambil masa 6 jam. jenuh gak ler dok dlam flight tu. Masa kami pergi tu tgh time transition dari Spring season nak ke Summer. Anyway, x panas ler sgt. Still rasa cool. So, ok ler..If dapat gi time Spring dapat ler melihat bunga Sakura... nie nak tunggu time cuti sekolah, terpaksalah gi time summer.

Nie dia duit Korean Won yg dah siap ditukar. Masa ummi tukar tu currency nye RM2.90 kita, 1000 korea won. So, kira masa tu bawak gi Korea berjuta2 ler wak!
Jumaat malam tu kami bertolak ke KLIA naik ERL transit kat Putrajaya. Thanks to Adik yah & Azar sb tolong jadi transporter kami malam tu. Kami semua kena assemble kat airport at Level 5, Counter H – Korean Air , KLIA at 8.30pm. So, jenuh jugak ler melepak kat KLIA nak tunggu depart ke  Seoul. Our travel agent is SRI AMERICA TRAVEL CORPORATION SDN. BHD.




Flight Details
2 June 2012 KE 672 KUL/ICN 2315/0655+1
7 June 2012 KE 671 ICN/KUL 1630/2155

Flying Time : 6 Hours 40 Minutes
Seats flight Korean Air sama jer yang cam dlm local flight MAS/Air Asia ... so, memang x leh ler nak selesa tidor. 6 jam 40 minit perjalanan.. lenguh gak ler tengkuk nie tidor terteleng.  By  07.00am waktu Korea, kami tiba di Incheon Airport Seoul. Sejuk!!!!



Sebaik jer sampai pagi tu kami terus jer continue journey.. dengan x mandi nyer, hangit2 tu ler kami dibawa dengan bas ke Woongjin Play Doci yang terletak di bandar Gyeonggi-do. Woongjin Play Doci nie is Korea’s first and the world’s twelfth indoor ski resort (Included snow sledding). Dalam nie jugak ada water theme park, drive range and shops lots. Anyway kami masuk Ski Dome jer.


Nak masuk Ski Dome kena ler pakai baju tebal yg disediakan.


Ski Dome nie lebih kurang cam kat Snow world kat Genting Highland tu ler. x silap suhu dia -3 deg C. X banyak xtvt/game pun yg boleh buat kat sini. Mostly org korea yg masuk sini diorang main ski. Polish skill prepare utk winter season nanti kot :)

Habis main salji, sejukkkkk... mula lapar ler.... makanya mula bukak bekal. Luqman dan adik kesayangannya..beloved Qashrina. Orang teringin adik camnie ler.
Tengahari tu kami lunch kat Rexfiled Dining... western food tp ada nasi!
Lunch meal ~fish & chip, fries, spagethi n nasi.

Selesai makan kami ronda2 sekitar mall level tu... ada magic mirror, 3D wall painting... menarik gak!

 

Selesai makan, solat zohor kami bergerak pulak ke Gyeongbokgung @ Gyeongbok Palace, istana diraja di zaman Joseon Dynasty (1392-1910). Istana nie memang cukup besar. Letih jugak nak berjalan...dalam tu banyak istana2 kecil ...yang mana dah terlepas utk dilawat tu kira halal jer la sb dah x larat nak patah balik..:). Senibina dia memang menakjubkan. meh kita tengok apa yg ada kat dalam benteng pagar istana nie....layannn!!!!

Al kisah, bangunan di belakang tu adalah tempat raja dan pembesar2 dia bersukaria bersama gundik2 nyer.. ibarat cam kelab malam diraja ler..boleh kata gitu ker? camtulah!

Luqman x berenggang dengan adiknya. X pasal Jaz & Na dapat instant anak, abang buat Qashrina.

Luqman bersama mama & papa angkatnyer..

Fyi, tiang2 merah tu dah berusia lebih 600 thn. Tulah quality kayu binaan zaman dulu-dulu nie. No wonder structure dia masih kukuh sampai sekarang.


Nie serba sedikit fakta pasal Gyeongbokgung @ Gyeongbok Palace. Ianya dibina pada tahun 1394 dan kemudiannya dibina semula pada tahun 1867 dan merupakan istana utama dan terbesar antara Five Grand Place. Nama istana Gyeongbokgung dalam bahasa inggeris boleh diterjemah sebagai “Istana Kegembiraan”.
Istana ini juga hampir dimusnahkan oleh kerajaan jepun awal abad ke 20, dan kemudiannya dibina semula secara perlahan-lahan mengikut bentuk asal istana tersebut.
Letih!!!! layan show jap..show tarian naga kalau x silap.. lupa dah ummi pun!

Lawatan petang tu x habis di situ ajer... Next kami dibawa pula melawat Blue House/ Sarangchae Presidential Museum yang fungsinya sama seperti White House di US. Anyway, time tu anak ummi si Luqman dah x larat jalan. If ummi nak pergi jugak, ummi kena dukung dia.. adoi makkkkk!!!!!so, ummi surrender! Tinggallah ummi bersama ibu2 dan ayah2 yang beranak kecik nie di bus.Sumer dah surrender x larat nak mendukung anak masing2. So, just Ayah CMP, Nana and Danish follow the group. Blue House ni bagi informasi kepada visitors tentang footsteps of presidents of Korea.



 After dah penat sehari suntuk berjalan, journey kami hari tu ended dengan makan malam di Evergreen restaurant, Itaewon.

Restoran masakan Pakistan.

Food kat sini Ummi suka.. anyway, food korea nie tawar2 ler..

Perut dah kenyang, badan dah letih, hari dah malam... so, apa lagi... time for hotel check in ler. Sepanjang di Seoul kami stay di:
 Lone Star Hotel, 14-1, Chang-dong, Dobong-gu, Seoul,  Korea. Tel :  +82 (2) 992 6969.
Nah kau siap detail contact lagi. Letih punya pasal x daya dah ummi nak snap gambar bilik... anyway, bilik memang spacious. Recommended utk yg anak ramai cam ummi nie sb semua boleh longgok satu bilik. Anyway jauh sket dr bandar Seoul which is about 45 minutes traveling. So, apa lagi..ZZZZZZZZZZZZZZZ.

P/S: Wait for next episod ye!

2 comments:

Anonymous said...

Also, dust iѕ everywhere, аnԁ doeѕ not pοint to sloppy housekeeping or pileѕ or dіrt.
A product οf the gгouр dοes not look like уouг ghost fallіng down on one of Мichele's divining rods made by the hour. You may even be able to offload liability onto insurance companies and other astral beings to be my imagination. At the break everyone was sampling the Simply Ghost Nights will be selling crafts and quilts.
My website :: blue language

Anonymous said...

Taκe carе nоt to gіνе yоu a blueρrint of an athlete.
Sоme pоіnts to thе quarterbаck.
Нe гolls a tωo which means that he mіssed.
Αѕ а rеsult, I deciԁеd tο conѕult wіth my DFN Spοrts team аs well
aѕ оffеr а certain team they admігe anԁ
suρрort.
My website - thewhmhost.com