Monday, August 30, 2010

Pot Luck Sambut Ramadhan 1431H di Opis ku...

Dah lama kami PPP Ladies tak buat makan-makan... maka dah lama jugak ler kami semua tak merasa air tangan kengkawan. Maka upon discussion, timbul idea nak buat pot luck ambil berkat sempena sambut Ramadhan. So, pakat berbahagi tugas memasak ler among the ladies .

Dalam dok excited nak buat pot luck, anak bujang gue.. Danish admitted hospital la plak.. lung infection. Admitted Rabu malam, Ahad baru discharged. So, aku tak dapat ler nak menyumbang menu utk pot luck Monday nyer... so, Isnin tu aku jadi tester jer ler...


Inilah juadah yang tersedia pagi Isnin 02/08/2010 tu.. Kak Z aka Zaleha buat laksa campur. Even ada anak kecik, kak Z sempat lagi sumbang menu berat. Sue pun apa kurangnye.. nasi ayam lagi. Za sponsor murtabak bakar + puding kastard. Shikin buat cucur udang habuan lawan laksa campur kak Z. Mekasih adindaku semua.. kenyang akak hari tu. Jan Cafe mesti "sedih" akak tak turun makan ari tu sb .. kalau tak akak kan salah seorang pelanggan tetap dia..hahahaha!


Inilah dia cook of the day... Kak Z akak Zaleha (bertudung hitam) dan Sue the Secretary (in uniform)


Nie plak ... food tester dia... Sa'adiah (tudung putih). Za penyumbang mutabak bakar... dan aku lah... yummy!yummy! pinjam jap statement adik Aqil...

Oleh kerana 1st pot luck, aku dan Nini tak dapat nak sumbang menu maka on next Tuesday, 10/08/2010 .. sehari sebelum 1 Ramadhan...giliran aku dan Nini plak memasak utk mereka semua. Pikir punya pikir sudahnya inilah menu yang dapat aku dan Nini sediakan..


Nini... bihun soto Negeri Sembilan..hehehe... frust sambal kicap tak cukup...nanti kena buat lain.. denda!


Nie menu aku... roti jala + kari daging + kuah durian. Orang Penang nie jarang makan roti jala ngan kuah durian.. diorang tau kuah kari jer. So, atas advised suamiku, CMP.. aku introduced menu baru nie kat diorang. Katanya kasi diorang cuba baru diorang tau nikmatnya roti jala + kuah durian... menu favourite aku suami isteri and anak beranak..

Nielah plak food tester utk hari tu...dari kiri; Kak Z, aku, Za, piece!!! Nini and Shikin yang mongel itu..hiks!hiks!


Za, Afif.. rezeki dikongsi bersama... & Sue.

Orang jauh... langkah kanan. Azmi yang pemalu.

Saturday, August 14, 2010

Danish Admitted Bagan Specialist Centre (05/08/2010)

This is the 2nd time Danish admitted hospital. 1st masa dia age 2+, admitted Pantai Puteri Specialist Centre kat Ipoh due to lung infection. Kali nie kes yang sama juga.



Macamana dia boleh masuk spital? Cam nie... sejak early July 2010, after kena chicken pox, Danish selalu tak sihat.. demam on off..drag sampai ke August. Dalam sihat2 ligat main tup!tup! petang badan panas sgt .. dah demam. Sepanjang tempoh tu berapa hari jer dia pergi sekolah...cuti memanjang. Sampai sudahnya cikgu kelas Danish panggil Kak Nana bagitau adik lately dalam kelas nampak macam tak sihat and lesu jer. Balik Kak Nana bagitahu aku ngan ayahnya, jadi susah hati plak kitaorang. So, sejak tu nekad if Danish demam lagi nak terus bawa ke hospital. next day nyer, balik kerja tengok2 Danish dah berselinut, muka merah padam.. letih jer anak aku nampaknya. Tak boleh jadi! Aku mesti bawa dia ke hospital. Sebaik jer CMP balik aku terus ajak bawa Danish ke hospital utk further check up.



1st pergi hospital BM Specialist, mak aih! punya la ramai orang sakit especially kids. Mostly kes yang sama...demam. Hospital attendance to kasi tau boleh check out-patient jer, if kena admit bilik VVIP jer yg available...semalam RM650. Tertelan air liur aku... Camner nie... Danish mesti kena further check, aku tak boleh tangguh dah takut condition dia getting worst. Suddenly, terlintas kat kepala... Bagan Specialist, terus kitaorang rushing gi bawak dia ke sana. Nasib baik doktor pakar masih ada. Sampai je buat appointment ngan pediatrician, Dr Tan Chee Heong, baik sangat doktor tu...Dr pun check condition Danish and advised supaya Danish warded. Kitaorang agreed ajer sb itulah yang kami harapkan... supaya boleh buat further check up health condition Danish. Admitted ler Danish at room 446...level pesakit dewasa sebab level utk patient kanak2 dah full. Malam tu dr ambil sample darah, pasang drip. Esok awal paginya x-ray and resulted Danish kena lung infection. Alhamdulillah lepas masuk 3 botol air, nampak condition dia semakin baik. After 4 days stay, Danish was discharged and his condition was very very much better. Syukur Alhamdulillah.
Malam admitted masuk spital... muka 10 sen jer...

Kesian anak umi. Be strong boy...
Yang lawak... Danish so excited masuk spital... sebab dapat special attention from all katanya. Kita mak bapak susah hati dia tak tau.. tulah namanya budak2...


Food provided was satisfactory...banyak menu nya sampai org yang menjaga boleh tumpang sekaki.. ye la org sakit makan byk mana sangat.

Makan pagi.. menu sihat! 1 jug milo, semangkuk oat, 2 keping wholemeal bread & telur dadar.
Masuk hari ke 4, condition Danish semakin baik... baru terasa bosan dok spital..minta kat doktor nak cepat balik...hehehe

Ummi dari tunggu saja... apa lagi mula kat spital pun nak bukak opis...letih buat kerja.. layan internet pulak.. tu jer lah kerjanya...



Friday, July 23, 2010

Happy Birthday Bibik!!!!!

Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to you my Bibik Leha.. Happy birthday to youuuuuuuu!!!!!!!

Tanggal 22 Julai 2010, genap usia bibik ku Sri Wahyuni bt Kaseri akak bibik Saleha yang ke 34 thn. Aku doakan agar bibik ku beroleh kesejahteraan dan kebahagian rohani dan jasmani selalu hendak-Nya. Ya Allah, murahkan rezeki ku dah Kau murahkan juga rezeki bibik ku...Amin.

Untuk besday kali ni, aku decided tak mau lagi beli/buat kek.. selalu sangat buat kek sampai aku anak beranak ..kek dah tak jalan. So, utk celebrate besday bibik kali ini...aku nak bawak pegi makan2.

So, balik kerja sampai jer rumah petang tu... Aku wish besday kat bibik and announced we're going to celebrate besday bibik malam tu dgn pekena mee udang Sg Dua. Bibik diberi pilihan utk choose mana satu restoran yg dia nak...and finally bibik pilih Restoran Mee Udang Pak Ngah, Sg Dua.
Si kecik tu mesti melekat punya ngan bibik dia... sinonim...byk persamaan...hehehe..
Malam tu, hujan turun dengan lebatnya...bagai meraikan hari ulangtahun bibik... hujan rahmat bik! berperang customers dalam restoran Pak Ngah menyelamatkan diri dari tempias hujan yg diselangi angin kuat...memori buat bibik..hehehe.


Bibik Leha & Nana sedang asyik mahsyuk menjamah mee udang Pak Ngah

Makan bibik makan... jgn malu2. Ini malam kakak sama abang belanja kamu.. besday mama!

Mee goreng udang...

Mee udang Pak Ngah... dah nak habis baru teringat nak ambik gambar...





Thursday, July 22, 2010

Chiang Mai - Day 3 (12 June 2010)

3rd day at Chiang Mai, cam biasa..breakfast dengan Abg Bahar & Kak Yanti. After b/f jer kami terus cari tut tut pusing2 Muang River side, Chiang Mai old town. Nak experienced naik tut tut.






Around pukul 845am rombongan transferred to Chiang Mai Zoo. Bagi aku, compared to Chiang Mai Zoo ngan Zoo Taiping, best zoo Taiping lagi kot...kat sini tak banyak sgt binatang nyer. Cuma lebihnya zoo diorang ada polar bears. Polar bears nie hadiah dari kerajaan China untuk Thailand. Kat zoo nie jugak tinggalnya gajah yg berlakon dalam movie Thai "Ong Bak" tu. Zoo diorang canggih sket la sb siap ada monorail dan dalam nie jugak ada underwater world.



At Main Enterance Chiang Mai Zoo (2 couples yg tak boleh dipisahkan lagi..hehehe)




Ter romantik ler plak...



Posing jap ... along the way from main enterance nak enter the zoo.



Nie tramp.. transport utk visitors pusing2 dalam zoo


Over plak CMP kita nie berposing.. awas kang dikencing dek bapak rusa tu baru tau!

Nie lah sebahagian daripada polar bear hadiah kerajaan China kepada Thailand tu..



Dah penat menjelajah kat Chiang Mai zoo, kami proceed plak ke Gem Gallery. Kat sini segala macam batu permata ada. Sampai jer kami disambut dengan wanita2 Thai, promoter2 Gem gallery. Mula2 kami dibawak masuk ke AV room dulu.. tengok slides/video sejarah macaman gems tu semua dijumpai dan diprocess sampai jadi intan berlian yg kilau kemilau tu. Habis tengok videa, kami dibawa masuk ke dalam gallery. Macam2 rupa & bentuk permata ada kat situ, pilih and sediakan duit jer. Kat situ gak dipamerkan 'birth stone" , batu permata yg related ngan bulan kelahiran kita. Cam permata utk mereka yg lahir on September..mcm aku, adalah "sapphire".
Sblm msk konon tak berhajat nak apa2, bila dah masuk mata dah berpinau2 jadinya.. cantik2 .. semua gems yang terpamer adalah hasil seni buatan tangan. Dulu masa gi Bangkok & Phuket dulu melawat jugak ke Gem Gallery nie dan tak beli apa2 pun. Tapi kali nie design dia cam cantik2 la plak. Tercuit gak hati nurani nie. Yang made from gold tu boleh telan air liur jer ler tengok regenyer. So, kita tenang yg silver2 jer ler. CMP ku cam paham jer hajat tak kesampaian isteri dia nie.. so, dia pun dengan baik hatinya mengoffer kat aku... apa lagi, cam mengantuk disorongkan bantal ler. So, dapat ler aku sebentuk cincin silver bertatahkan yellow saphire.. my birth stone. Terima Kasih banyak2 ye bang.. Aku sayang banget sama kamu...heheheheh.


Ni lah cincin pilihanku, hadiah from CMP buat isterinya.
Habis sessi melawat gem gallery, continue lunch. Food kat sini sedap2, nama kedainya lupa la plak. Menu paling aku suka kat sini kerabu sotong dia... marvelous!!!

Lepas lunch kami transferreed to Umbrella factory. Kat sini kami dapat tengok macamana payung hand made dihasilkan. Kain payung nie dibuat daripada kulit kayu mulberry. Pemegang danrangka paung dibuat daripada buluh. Kain diwarnakan dan ditampak pada rangka payung, dikeringkan pastu dilukis dengan lukisan tangan. Very d creative masyarakat Thai nie.. sempat gak ler aku suruh di lukis atas cover hp samsung aku sebagai kenang-kenangan. Upahnya 50 bath.. kira2 nya duit kita RM5.
Lepas melawat kilang payung, rombongan continued to Barn Tawai , shopping are utk produk2 seni kraftangan kayu. Memang cantik seni kraft kayu diorang, harga pun not bad. Aku sambak ler satu box kayu sebagai kenangan.. tu jer yg senang nak bawak balik. Kalau ikut macam2 yg nak dibeli. Masuk bas, majoriti merungut tak puas hati sb tak boleh nak beli and masa tak cukup. Next, ahli rombongan requested utk ke Robinson lagi, tak habis shopping lagi diorang rupanya. Kami 2 couples nie tak mau joint the trip sebab tak ada apa rasanya yg nak dibeli lagi kat sana. So, kami requested utk jalan sendiri. Sampai Robinson, kami sewa tramp pergi Chiang Mai Walking Street, kiranya cam pasar malam diorang ler. Kat sini yang banyak dijual hasil seni kraftangan & traditional food masyarakat Thai. Kat Thai nie aku tak pernah jumpa lagi orang mengemis. Paling2 pun orang2 OKU atau anak2 diorang disuruh buat show utk dapatkan duit. At least they do something, tak hanya tadah tangan minta dari sorang ke seorang. Satu lagi yang aku kagum kat diorang, semangat patriotik diorang yang amat tinggi. Kenapa aku cakap macam tu... keadaan pasar semua sedia maklum riuh-rendah usah citer lah. Dlm dok bising2 tu tetiba pasar malam tu jadi sunyi sepi, semua org berdiri tegak tak bergerak, baik yang tua sampai ler yg anak kecil... cam negara dilanggar garuda. Yang aku ngan CMP hairan gak apasal. Rupa-rupanya sb menghormati lagu kebangsaan diaorang yg sedang berkumandang. Memang kagum kami ngan masyarakat Thai nie.
Kenangan bersama anak cilik di Chiang Mai Walking Street
Ngan pak polisi Thai.
Habis shopping, ambik tut tut balik hotel. Tut tut diorang nie fancy2 belaka...

Sampai hotel, hantar barang dulu kat bilik sambung shopping lagi kat night bazaar depan hotel. Shopping saat2 terakhir.

Chiang Mai - Day 2 (11 June 2010)

On 2nd day, kami dibawa ke Meesa Elephant Camp for elephant ride. 1st time dalam hidup aku naik gajah..kecut gak perut aku especially bila gajah tu bergerak2. Aku ngan hubby dapat gajah yang umur nya sebaya ngan kitaorang..hehehe 36 tahun. 30 minit naik gajah, turn naik bukit, lalu tepi sungai , ada setengah tu siap redah masuk sungai ngan gajah lagi..Seronok.. memang thrill & adventure. Masa tu rasa cam orang dedulu plak. Bukan senang nak dapat experience cam nie.. selalu yang kat zoo atau theme park, kita jalan keliling2 tu jer.. Rege nak naik gajah nie TB500 per ride.. sama dgn RM50. Tapi utk kitaorang sumer dah include dalam package. Habis ride, kami dihiburkan plak dgn elephant shows.

At main entrance Meesa Elephant Champ, Chiangmai

It's time for ride.. best wooo...gajah yang kitaorang naik nie sebaya usianyer ngan kitaorang..36 years


Smile! senyum dalam gabra...takut jatuh.


Elephant show

Elephant show.. gajah melukis. Cantik tau lukisan gajah2 nie...


Next, kami dibawa ke Long Neck Hill Tribe Village..utk visit perkampungan puak Karen. Istimewanya puak nie sb mereka nie puak yang berleher panjang.. yg boh tembaga melilit tengkuk tu... nak ke sana kami kena naik truck/tramp sb jln dia naik bukit dan cam jln kg tu ler. Pekerjaan utama puak Karen nie bertani dan hasilkan produk seni kraftangan dan sulaman. hasil kraftangan tu digantung kat rumah diorang utk jual pada pelawat. Ikut kata tour guide kitaorang, tempat nie dulu suatu masa dulu adalah tempat penanaman ganja terbesar di Thailand anyway skrg dah tak der lagi.

Sebut pasal tengkuk panjang nie, diorang nie start pakaikan besi tembaga tu kat tengkuk dan kaki anak gadis diorang bila usia masuk 5 tahun. Cubala letak tembaga nie kat tengkuk..berat tu... camner ler diorang nie boleh tahan pakai bertahun2. Bagi diorang makin panjang tengkuk, makin cantik ler kiranya gadis tu...adus seksanya aku tengok.


Naik truck/tramp utk ke Long Neck Village Mae Rim



Lalu batas2 padi huma utk ke perkampungan puak Karen. View dia memang cantik...



Kat bangsal depan sekali tu hasil2 tenunan dan sulaman sedia utk dijual. Sebagai support, belilah satu selendang.. cam pashmina tu satu buat kenang-kenangan. Tengoklah atap rumah diorang tu.. kalau kat M'sia pakai atap rumbia, diorang pakai daun pokok jati.

Posing dengan salah sorang perempuan puak karen yg berleher paling panjang kat situ.

Sessi petangnya pulak kami gi visit home industries (Sankamphaeng handicraft village). Kg nie katanya kg ex-pemimpin, Thaksin. First kami kami dibawa melawat tempat produce Thai silk & cotton. Kami disambut ngan teh herba...welcome drink. Di situ dapat ler tengok camner dari ulat tu diprocess sampai jadi kain. Ulat nie rupany diberi makan daun mulberry. Memula ingat nak beli sepasang buat kenangan tp sudahnya tak beli apa2 pun sb kain dia cam nampak keras cam jer. Rege boleh tahan mahal le jugak. So, mekasih je lah....

Pas tu kami bergerak ke tempat produce honey. Cam tadi, kami dihidangkan ngan air madu as welcome drink. Sambil dia pot pet ceramah pasal benefit2 minum madu nie, yg lelain aku tgk dah bercawan2 minum.. kesimpulan yg aku buat, mesti frust tokei kedai tu sb air madu berjug2 habis tp madu yg laku sket ajer..hehehehe

Proses tenun kain sutera.

Outside Robinson Shopping Complex. Orang Thai nie respect tul kat maharaja diorang & gajah. Mana2 pergi mesti ada gambar & patung gajah nie..

Selesai visit home industries utk ari tu, kami gerak ke Robinson shopping complex plak... kat sini macam shopping complex kat M'sa ler.. jual barang2 yang ada brand, sales! & shop lots. Orang lain sakan shopping, aku ngan hubby sibuk gi area food court cari kot ada menu2 Thai islam yg boleh cuba. Anyway, hanya durian Thai , fuit juice& pulut mangga jer yg aku confident utk makan kat sana...
Durian Thai memang puas hati .. isi tebal, lemak berkrim lagi..hehehe.

Around 7.30pm, waktu M'sia 8.30 pm cam tu...kitaorang gerak ke restoran Muslim utk dinner, then balik hotel. Tp aku ngan hubby tak habis lagi aktiviti, continue shopping kat night market depan hotel. Around 10.30pm, badan pun dah letih.. kami sempat lagi pegi buat massage.. aku buat full body massage TB350..bukan oil massage ye! sementara menunggu, hubby plak buat foot massage..TB200 utk 45 minutes. 12.00 mlm balik hotel..zzzzzzzzzzzzzzzz. tamat agenda utk hari tu..