Oklah back to the topic. Actually, kalau korang perasan, mostly posting aku nie bab makan. Aku dan makan nie memang sinonim betul lah. Nak buat camner.. itu mmg dah hakikatnya.. dapat suami pun kaki makan jugak, tu yg makin menjadi2 tu. Kalau tak aku yang buat food taste, aku akan masak utk orang atau bawak orang pi makan..belanja ler kiranya tu. Tapi yg aku pelik..anak2 tak mewarisi plak tabiat suka makan umi ngan ayah diorang nie.. so, umi ayah sihat gitu... anak2 slim2 belaka..wakakaka.
Woit back to the topic.. dah melalut dah. Oklah, sebenor2nya nak share gambar2 masa aku masak makan utk adik-beradik aku & CMP masa raya puasa yg lepas. Betapa aku rasa seronok sangat dapat berkumpul bersama ahli keluarga dan aku really excited nak menjamu makan adik-beradik aku semua.
Buktinya, pagi2 lagi aku ngan CMP dah keluar borong bahan2 habuan nak masak makan malam tu, lmbat takut habis ler plak memandangkan raya x ramai yg keluar ke laut. Masa beli tu le baru decide nak buat menu apa. Since abg aku yg dok N9 tu jarang dapat makan ketam fresh aku pun ingat nak jamulah diorang ketam fresh hari tu. Habis ketam Jibeng Sg Batu tu aku sapu. Makanya inilah yg dapat aku sajikan untuk diorang sumer..
Ni la menu aku malam tu..ketam masak sos tiram; gulai ikan bawal, sayur labu air + sahun; ikan pari & kembung kukus lawan air asam Abg Arop "beras ku" kata P.Ramlee..
Tengok ler Abg Nasir (baju petak2 tu), abg sulung gue le tu.. x angkat kepala punya khusyuk menikmati ketam fresh Sg Batu.
Ni plak anak2 buah gue..anak Abg Nasir & Kak Eda. Dr kiri Dek Na, Amir dan Kak Ti. balance 2 boys tu anak2 gue le. Makan2 jgn malu2, ini hari Mak Njang belanja...
Nie kelompok2 jejaka2 plak.. Dr kiri, Tok Wan Mat, Ayoy, Pak Cik G (adik bongsu aku), dan Izzul (anak Nyah, kakak sulung) . Petang tu Nyah sekeluarga yg x der.. sedih gak rasanya sb masih x cukup korum. Nyah hantar Izzul je la jd wakil. Abah aku pun x der petang tu sb Abah pergi beraya sebelah keluarga Mak muda..huhuhuhu.
Ketam! Ketam! sekor RM3 jer...harga promosi!
Ni anak aku Luqman. Orang dok sibuk makan, dia ngan puzzle dia..
X boleh tahan.. nak kena rasa gak nie.
Happy tengok abg..bertambah2 dia.
Kenyang makan kita main mercun & bunga api plak ye. . kasi habis stok yang ada.
Adik satu jari nie camner nak org nak tafsirkan nie... hanya Ummi yang faham what do u mean.. Peace!!!!!
Pak Cik G & Ayip (Anak Yus aka Atan)
Rombongan Yang Ina (kakak kedua) tertinggal kapal.. sib baik ada lauk lagi..Abg Nuar & anaknya kak Nani
2nd group.. Yang Ina & Atan Yus
No comments:
Post a Comment